643 peniaga gerai kecil tepi jalan terima bantuan ‘one-off’ RM5,000

KOTA KINABALU – Seramai 643 peniaga kecil tepi jalan di seluruh Sabah yang mempunyai lesen perniagaan sah menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM5,000 seorang setakat April 2025. 

Pembantu Menteri I Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Isnin Aliasnih berkata, jumlah keseluruhan bantuan diberi memperuntukkan RM3,215,000.

“Setakat April 2025, Kerajaan Negeri melalui kementerian saya telah mengenal pasti seramai 643 peniaga gerai kecil tepi jalan di seluruh Sabah yang punya lesen perniagaan yang sah.

“Turut dikategorikan sebagai layak penerima bantuan khas ‘one-off’ sebanyak RM5,000 mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Mac 2025.

“Kementerian Kewangan Sabah juga telah menyalurkan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenan mengikut bilangan penerima yang layak untuk diserahkan kepada penerima secara tunai (lump sum),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yassin yang mempersoalkan jumlah penerima bantuan ‘one-off’ RM5,000 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini pada Selasa.

Menerusi soalan tambahan, Amisah turut membangkitkan isu peniaga wanita, khususnya di kawasan beliau yang belum menerima bantuan tersebut.

Menjawab perkara itu, Isnin menjelaskan bahawa para peniaga boleh menghantar semula pemohonan bagi pertimbangan pihaknya.

“Boleh memohon dan boleh dipertimbangkan. Jadi sila datang mohon dan yang memohon mesti ada lesen yang ditetapkan daripada PBT ataupun Majlis Daerah,” jelasnya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM