PKR Sabah sokong penuh usaha Putrajaya pertahan Sabah daripada kuasa asing

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menyokong penuh tindakan Kerajaan Persekutuan menyerahkan nota bantahan secara rasmi kepada Filipina yang jelas menunjukkan keseriusan Putrajaya mempertahankan kedaulatan negara.

Naib Pengerusi PKR Sabah, Azmi Datu Tamboyong berkata, PKR Sabah mengambil maklum isu pemetaan baharu yang dikeluarkan oleh Filipina membabitkan kedaulatan dan perairan Sabah.

“PKR Sabah menyokong penuh tindakan Wisma Putra menyerahkan nota bantahan menerusi saluran diplomatik rasmi kepada kerajaan Filipina yang dilihat terdesak mahu menyaingi China menguasai Laut China Selatan.

“Biarpun ia tidak dilihat sebagai satu bentuk provokasi kepada negara, namun adalah wajar seluruh rakyat Sabah bersama-sama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kedaulatan negara walau seinci.

“Konflik antara kedua-dua negara itu tidak sewajarnya melibatkan Malaysia kerana negara juga mempunyai Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) yang tidak boleh dikompromi mana-mana negara,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Ahad.

Tambahnya, terdahulu Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Wisma Putra telah memaklumkan mengenai penyerahan nota bantahan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Azmi berkata, PKR Sabah berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik kerana Filipina adalah jiran kita yang merupakan anggota Asean.

“Kita tidak mahu isu ini berlanjutan kerana selain melibatkan kedaulatan, Malaysia juga akan menjadi tuan rumah Asean pada tahun 2025,” katanya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat