PKR Sabah: Romansa kekal Ketua Cabang Silam, Fung pertahan jawatan di Tawau

LAHAD DATU – Ketua Cabang PKR Silam, Romansa Lamin dan Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin Yein berjaya mempertahankan jawatan masing-masing dalam Pemilihan PKR Sabah kali ini.

Romansa mengekalkan kedudukan selepas meraih 445 undi, manakala Fung memperoleh 591 undi, menewaskan semua pencabar dalam persaingan di cabang masing-masing.

Berdasarkan keputusan rasmi (Borang 14) pemilihan PKR Sabah, sejumlah 1,832 kertas undi dikeluarkan daripada 2,331 ahli layak mengundi di Cabang Tawau, manakala 905 kertas undi dikeluarkan daripada 1,167 ahli layak mengundi di Cabang Silam.

Keputusan itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Untuk rekod, Romansa kini memasuki penggal ketiga sebagai Ketua Cabang Silam sejak 2018, manakala Fung meneruskan penggal keduanya di Cabang Tawau.

Related Posts

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi