Remaja OKU maut dalam nahas motosikal terbakar di Beaufort

BEAUFORT – Seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan motosikal dan sebuah kereta di Jalan Nukuhan, di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian itu, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa, berusia 16 tahun, turut terbakar selepas perlanggaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Zulhalim Abidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada pukul 7.26 petang.

“Sepasukan lima anggota dari BBP Kuala Penyu segera dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 17 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi pada pukul 7.44 malam, didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta jenis Perodua Viva.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan.

Tambah Zulhalim, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran motosikal menggunakan satu aliran ‘hose reel’ yang disambungkan kepada sumber air jentera.

“Operasi dapat dikawal dalam tempoh 15 minit sebelum ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.32 malam selepas memastikan kawasan berada dalam keadaan selamat,” jelasnya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis