Petronas kurangkan pekerja demi peralihan teknologi baharu dan AI

KUALA LUMPUR – Tindakan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengurangkan pekerjanya secara berperingkat dilakukan atas pelbagai faktor, antaranya pertindihan skop tugas berikutan peralihan kepada teknologi baharu dan kecerdasan buatan (AI),

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pekerja yang terkesan itu tidak diabaikan, namun ada pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan kebajikan mereka dan keluarga.

“Saya tak kata ini (penamatan perkhidmatan pekerja) satu perkara ringan, kita prihatin. Saya sendiri berbincang dengan Presiden (Petronas) Tengku Tan Sri Muhammad Taufik berulang kali bagi tangani masalah ini.

“Soalnya Petronas masih mencatat keuntungan. Jadi oleh itu, mengapa dan apa kemunasabahannya untuk membuang pekerja-pekerja ini atau untuk menghentikan?

“Alasannya ialah pertama, soalnya peralihan dari segi keberkesanan kerana menggunakan teknologi baru termasuk digitalisasi, AI. Ada pertindihan pekerja,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (BN) Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa yang ingin tahu faktor menyebabkan Petronas mengambil langkah mengurangkan pekerja.

Sementara itu, menjawab soalan Ahli Parlimen (PH) Balik Pulai, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang ingin mengetahui rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petronas, Anwar berkata, sebarang keputusan dan penilaian semula aset huluan syarikat itu diserahkan sepenuhnya kepada syarikat minyak nasional itu tanpa campur tangan politik

Beliau berkata, Petronas merupakan satu badan korporat yang telah diiktiraf antara syarikat terbaik di dunia dan perspektif jangka panjang harus diambil kira dengan melihat kepada ketidaktentuan dalam pasaran minyak dan gas global.

“Petronas harus mengambil kira portfolio asetnya. Kita melihat (Petronas mempunyai aset) di beberapa negara seperti di Brazil yang mempunyai tujuh blok huluan, tiga blok pembangunan dan empat blok penerokaan.

“Sama seperti di Kanada. Operasi di Kanada merupakan pasaran yang strategik kerana kekuatan rizab gas asli itu besar kira-kira 50 trilion kaki padu (TCF). Ia telah mula dieksport bersama dengan beberapa syarikat gergasi yang lain,” katanya.

Anwar berkata, penilaian semula aset huluan sepertimana berlaku di Brazil adalah penting dilakukan secara berterusan.

“Mengikut pengalaman kita, kita serahkan kebijaksanaan dan pertimbangan komersial itu dan pelaburan kepada Petronas tanpa campur tangan politik. Mereka hanya melaporkan (kepada kerajaan),” katanya.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat