PMX tiada masalah mohon maaf terhadap Muhyiddin, tunggu siasatan MCMC

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika hasil siasatan membuktikan dakwaan terhadapnya berhubung isu mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95 adalah tidak benar.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak keberatan untuk melakukannya, namun adalah penting untuk menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terlebih dahulu.

“Saya tidak ada masalah. Kerana kalau dipastikan tidak ada sumber yang sahih, itu satu kesilapan. Saya tiada masalah.

“Ada yang salah faham kata MCMC siasat Pagoh. Tidak. Saya nak jelaskan. Saya kata sumber ini dari satu, dua, tiga. Tolong siasat satu, dua, tiga ini, apakah sahih.

“Kalau tidak sahih, maka memang kenyataan itu tidak benar. Tapi biar tunggu keputusan MCMC dulu,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (PN) Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid sama ada Perdana Menteri bersedia meminta maaf kepada Pagoh.

Sementara itu, mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mendakwa beliau berselindung, Anwar menegaskan perkara itu tidak pernah berhasrat mengelak daripada menjelaskan perkara sebenar.

Katanya, beliau sudah berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk menjelaskan perkara berkenaan.

“Cuma pengesahan. Kerana saya ada tiga sumber. Yang disahkan tidak benar, satu sumber. Kalau betul dua sumber tidak… saya tidak ada masalah. Memang, kalau kesilapan, sesiapa sahaja, berdasarkan sumber yang digunakan itu, kalau disahkan oleh MCMC, saya akan jelaskan dan minta maaf kepada Pagoh.

“Tapi tunggulah dulu. Itu yang saya sebut. Tak ada masalah. Tetapi saya belum pernah dengar ketua pembangkang dan rakan-rakan sana yang memfitnah hari-hari, minta maaf sepatah pun, tak ada pula nak sebut minta maaf. Guna hadis pula pertahan. Guna pula Quran dan Sunnah,” katanya.

Minggu lalu, Anwar ketika sesi PMQT meminta pembangkang membaca kenyataan Muhyiddin yang didakwanya mempersoalkan tindakan kerajaan bebankan orang asing dalam penyasaran subisidi RON95.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian sebagai reaksi terhadap pertanyaan Rosol yang meminta beliau menjelaskan siapa ahli Parlimen yang didakwa mempertahankan kebajikan warga asing, susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Muhyiddin menuntut Anwar meminta maaf berhubung kenyataan yang mendakwa beliau mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Muhyiddin dilaporkan berkata, jika Perdana Menteri tidak meminta maaf, beliau akan membuat usul kepada Dewan Rakyat untuk merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat