Petronas henti operasi di Sudan Selatan

PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) membuat keputusan penarikan operasi di Republik Sudan Selatan.

Menerusi pengumuman di laman sesawangnya, Petronas berkata, keputusan susulan tempoh dua tahun inisiatif pelupusan, sejajar dengan strategi pelaburan panjangnya.

“Ini juga seiring persekitaran industri yang berubah serta peralihan tenaga yang dipercepat,” katanya.

Menurutnya, PCNL akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan berkaitan untuk memastikan peralihan yang lancar sambil mengambil kira hak pekerjanya, mengikut undang-undang yang terpakai, perjanjian petroleum serta dasar dan prosedur Petronas.

Keputusan untuk keluar dari Sudan Selatan itu juga secara rasmi menandakan berakhirnya usaha Petronas selama lebih dua dekad di negara Afrika Timur yang berhadapan satu demi satu krisis itu.

Untuk rekod, syarikat minyak dan gas negara itu juga bergelut dengan pemisahan Sudan Selatan darioada Republik Sudan pada 2011 selepas beberapa dekad konflik bersenjata yang mengorbankan lebih dua juta orang.

Perang saudara yang berterusan di Sudan Selatan antara dua puak bersenjata telah menyaksikan lebih 14,000 orang terkorban di negara itu, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang