Siti Kasim cuba buat onar, pegawai Jakim di agensi kerajaan sejak 1982

PUTRAJAYA – Dakwaan peguam, Siti Kasim bahawa penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di agensi kerajaan tidak pernah dilakukan oleh pentadbiran sebelum ini, adalah tidak tepat.

Unit Komunikasi Korporat Jakim menegaskan, perjawatan Pegawai Hal Ehwal Islam jabatan itu diwujudkan di kementerian atas dasar keperluan pengurusan hal ehwal Islam, selaras dengan pelaksanaan Dasar Penerapan Nilai Murni semenjak awal tahun 80-an.

“Dasar terbabit kemudiannya dikenali dengan nama Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam (1985) dan Etika Kerja Islam (1987). Penempatan pegawai Jakim bermula pada 1982 sebagai Atase di London dan Indonesia.

“Seterusnya penempatan di Jabatan Pertanian, Jabatan Penjara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN), termasuk beberapa agensi kerajaan lain,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Siti menerusi Podcast The Zaid Ibrahim, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa peranan dan fungsi Jakim.

Pengamal undang-undang itu mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menempatkan pegawai Jakim di agensi kerajaan yang menurutnya tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Jakim memaklumkan pada 2001, Pekeliling Am Kerajaan berkaitan Garis Panduan Bagi Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam dilancarkan.

Bagi tujuan pengukuhan, katanya, pada 2007, kerajaan memperkenalkan pula Pendekatan Islam Hadhari.

“Demi melancarkan pelaksanaannya, pegawai Jakim ditempatkan di semua kementerian, jabatan dan agensi Persekutuan, termasuk beberapa agensi perkhidmatan di peringkat negeri.

“Kerajaan sentiasa memelihara dan melindungi Islam serta kesuciannya, selaras dengan pengiktirafan diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada Islam sebagai agama bagi Persekutuan menurut Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Lebih mengecewakan, Jakim berkata, Siti Kasim masih menimbulkan isu berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) 355 walaupun perkara itu sudah diberi penjelasan secara terperinci menerusi pelbagai platform.

Ujarnya, usaha untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] sudah dilaksanakan sejak 2004.

Bagi cadangan dasar pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, katanya, dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Ogos 2022.

“Bagaimanapun, cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 tidak sempat dibentangkan di Parlimen berikutan perubahan kerajaan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Pada masa ini, kerajaan masih meneruskan usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dengan tujuan meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah, selaras hasrat untuk menaik taraf Mahkamah Syariah melalui penggubalan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,” katanya.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah