‘Perlu ada tindakan tegas terhadap Nik Zawawi’

PUTRAJAYA – Kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menghina sahabat Nabi Muhammad SAW disifatkan perbuatan biadab dengan melanggar ‘garisan merah’ akidah serta menggores sensitiviti umat Islam secara terbuka.

Pengerusi DaeiMadani, Amir Zuhair Abdull Khalid berkata, kenyataan itu tidak sepatutnya dibuat, lebih-lebih lagi oleh seorang pemimpin daripada parti yang mendakwa berteraskan perjuangan membela agama Islam.

“Kami tampil hari ini membuat laporan polis kerana merasakan menjadi tanggungjawab kami sebagai orang Islam untuk menjaga maruah dan kedudukan para sahabat nabi di sisi agama.

“Tidak patut seorang pemimpin parti Islam membuat tuduhan sangat semberono. Sangat tidak wajar menghina kedudukan para sahabat nabi, lebih-lebih lagi di Malaysia yang merupakan negara Islam,” katanya pada sidang media di hadapan IPD Putrajaya, pada Rabu.

Lebih mengecewakan, Amir Zuhair menegaskan, Nik Muhammad Zawawi masih mempertahankan kenyataannya walaupun menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuk dari dalam partinya sendiri.

Sehubungan itu, beliau berharap agar Pas mengambil tindakan terhadap kepadanya memandangkan Ahli Parlimen Pasir Putih itu juga memegang jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama parti berkenaan.

“Ini adalah satu jenayah besar dalam Islam. Menghina tokoh-tokoh agung yang telah mendapat jaminan syurga secara mutlak daripada lisan Nabi Muhammad SAW sendiri adalah satu bentuk penyelewengan yang tidak boleh dimaafkan.

“Kehormatan dan kesucian para sahabat Nabi bukanlah modal politik murahan untuk dijaja di atas pentas ceramah demi meraih sokongan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyeru seluruh umat Islam serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di seluruh negara agar tampil bersolidariti dengan membuat laporan polis serupa di kawasan masing-masing.

“Tindakan perundangan sewajarnya perlu diambil bagi memastikan kesucian agama Islam tidak sewenang-wenangnya diperalat demi kepentingan politik sempit,” katanya.

Terdahulu, Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menegur ucapan Nik Muhammad Zawawi yang dilihat telah menyampaikan fakta tidak tepat hingga mencetuskan kontroversi dalam ceramahnya mengenai sejarah sahabat Nabi Muhammad SAW.

Ketua Penerangan DUPP, Datuk Mohd Nor Hamzah berkata,  pihaknya memandang serius terhadap polemik yang timbul berhubung isu terbabit dan mengakui terdapat kenyataan tidak tepat khususnya mengenai Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman dalam video tular ceramah berkenaan.

Related Posts

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

KOTA KINABALU – Sembilan pakej kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A disasarkan siap pada tahun ini, manakala empat lagi pakej dijangka siap pada tahun 2027. Timbalan Menteri Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

KOTA KINABALU – UMNO bersedia menerima mana-mana pemimpin yang dikenakan tindakan disiplin atau dipecat oleh parti asal mereka untuk kembali menyertai parti itu, tertakluk kepada peruntukan undang-undang termasuk Akta Anti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang