MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

JOHOR BAHRU – Kerajaan terus memperkukuh agenda keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan seramai 60,000 pelajar di seluruh negara menerima manfaat menerusi program khas MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) 2026 yang melibatkan peruntukan hampir RM18.5 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, program berkenaan merupakan inisiatif strategik hasil kerjasama antara JPJ dan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha membentuk budaya pemanduan selamat serta meningkatkan kesedaran pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurut beliau, inisiatif itu diperkenalkan susulan kebimbangan kerajaan terhadap masih ramai pelajar, khususnya di kawasan luar bandar, yang menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah.

“Program ini bukan sahaja membuka akses kepada pelajar untuk mendapatkan lesen secara sah, malah membantu meningkatkan tahap kompetensi dan kesedaran keselamatan jalan raya sejak usia muda,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program MyB2S Peringkat Kebangsaan di Austin International Convention Centre.

Beliau berkata, Johor antara negeri yang menerima manfaat besar menerusi program tersebut apabila seramai 8,200 pelajar dikenal pasti bakal menyertainya termasuk 1,500 pelajar dari Johor Jaya, melibatkan peruntukan sebanyak RM2.46 juta.

Anthony turut mengingatkan para pelajar agar memberi komitmen penuh sepanjang program berlangsung dengan menghadiri setiap sesi pembelajaran dan latihan sehingga tamat sebelum menduduki ujian memandu.

“Pematuhan terhadap setiap modul latihan amat penting bagi memastikan pelajar benar-benar bersedia menjadi penunggang motosikal yang berhemah dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli.

Related Posts

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

KOTA KINABALU – Sembilan pakej kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A disasarkan siap pada tahun ini, manakala empat lagi pakej dijangka siap pada tahun 2027. Timbalan Menteri Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

KLUANG – Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius kenyataan berunsur penghinaan terhadap para sahabat Nabi Muhammad SAW yang didakwa disampaikan dalam ceramah politik tanpa sandaran serta rujukan yang jelas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang