Ada keperluan Nik Zawawi ditahan, dihadapkan di mahkamah

PUTRAJAYA – Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh bukan sahaja wajar direhatkan daripada jawatan, malah perlu dihadapkan ke Mahkamah Syariah.

Pengamal undang-undang, Mohd Tajudin Abd Razak berkata, tindakan itu penting bagi memastikan prinsip keadilan dalam pelaksanaan undang-undang Islam dapat ditegakkan tanpa mengira pangkat atau kedudukan individu.

Menurut beliau, sekiranya undang-undang takzir yang dilaksana Kerajaan Negeri Kelantan dilihat bersifat pilih kasih, maka usaha untuk melaksanakan undang-undang lebih besar seperti hudud akan kehilangan kredibiliti.

“Nik Muhammad Zawawi bukan setakat perlu direhatkan tetapi didakwa di Mahkamah Syariah. Masa inilah kerajaan Kelantan nak uji undang-undang takzir dikenakan tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

“Jika takzir pun ada selektif, abaikanlah nak laksanakan undang-undang hudud,” katanya menerusi kenyataaan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Tajuddin secara berseloroh mencadangkan Pas tidak lagi mencalonkan Nik Zawawi untuk tidak dicalonkan di Parlimen Pasir Putih menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurutnya, walaupun kenyataan itu berunsur sinis, ia mencerminkan keperluan parti berkenaan menilai semula kedudukan wakil rakyat terbabit.

“Satu lagi, PRU16 dah dekat, bolehlah cari calon baru untuk Parlimen Pasir Putih,” katanya

Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Rasulullah yang mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.

Susulan perkara itu, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR (BiPPA) mendesak bekas Ketua Dewan Ulamak Pas itu memberikan penjelasan dan permohonan maaf daripada parti kerana tindakan itu dilihat boleh mencemarkan kemurnian Islam.

Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas cuba tampil membuat kenyataan ‘pusingan U’ malam tadi selepas ceramahnya mengaitkan Saidina Abu Bakar dengan istilah ‘ceti’ ketika menyentuh tentang sistem ekonomi masyarakat jahiliah mendapat kecaman pelbagai pihak.

Menerusi satu video penjelasan yang dikongsikan di Facebook, beliau menegaskan penggunaan istilah tersebut bukan bertujuan menghina atau merendahkan martabat sahabat Rasulullah SAW, sebaliknya sebagai analogi supaya masyarakat lebih mudah memahami realiti sistem ekonomi zalim pada zaman jahiliah.

Related Posts

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

KOTA KINABALU – Sembilan pakej kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A disasarkan siap pada tahun ini, manakala empat lagi pakej dijangka siap pada tahun 2027. Timbalan Menteri Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

KOTA KINABALU – UMNO bersedia menerima mana-mana pemimpin yang dikenakan tindakan disiplin atau dipecat oleh parti asal mereka untuk kembali menyertai parti itu, tertakluk kepada peruntukan undang-undang termasuk Akta Anti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

Burung murai batu tanpa permit dirampas di Penampang

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

MyB2S 2026 buka jalan pelajar miliki lesen sah, perkukuh budaya keselamatan jalan raya

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang

ADUN pembangkang perlu amal budaya politik matang