Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

KLUANG – Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius kenyataan berunsur penghinaan terhadap para sahabat Nabi Muhammad SAW yang didakwa disampaikan dalam ceramah politik tanpa sandaran serta rujukan yang jelas.

Pengarah Biro Syariah Pemuda AMANAH Nasional, Hafiz Roslan berkata, perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam selain menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menurut beliau, tindakan pendakwaan syariah wajar dipertimbangkan sebagai satu pengajaran keras bagi memastikan isu sama tidak berulang pada masa hadapan.

“Para sahabat Rasulullah SAW merupakan generasi awal yang memainkan peranan besar dalam perkembangan Islam dan kedudukan mereka sangat dimuliakan dalam ajaran Islam.

“Justeru, sebarang perbincangan berkaitan mereka perlu dilakukan dengan penuh adab, berhati-hati serta berpandukan sumber yang sahih,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap kenyataan berkaitan agama dan tokoh Islam perlu disampaikan secara bertanggungjawab kerana ia memberi kesan langsung terhadap keharmonian masyarakat serta sensitiviti umat Islam.

Dalam kenyataan sama, Pemuda AMANAH turut menggesa pihak yang terlibat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya berlaku keterlanjuran dalam kenyataan yang dikeluarkan.

“Sekiranya berlaku keterlanjuran, ia perlu diperbetulkan segera melalui tindakan bertanggungjawab termasuk bertaubat kepada Allah SWT, membuat pembetulan secara terbuka serta memohon maaf kepada masyarakat bagi mengelakkan kekeliruan berpanjangan,” katanya.

Pemuda AMANAH turut menyatakan bahawa Pas dan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh perlu mengambil tanggungjawab berhubung isu berkenaan, selain menggesa individu terbabit segera bertaubat.

Pada masa sama, semua pihak diseru agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan agama, khususnya melibatkan tokoh utama Islam, demi menjaga perpaduan dan keharmonian masyarakat Islam di negara ini.

Related Posts

Lelaki disyaki pengedar syabu tumpas di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah diberkas polis menerusi Op Tapis Khas di sekitar kawasan Kabong pada Selasa. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global: Kerajaan siap siaga hadapi kemungkinan kenaikan harga makanan

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mempergiat langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan harga makanan susulan krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada kos pengangkutan dan pengeluaran sektor agromakanan. Menteri Pertanian dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki disyaki pengedar syabu tumpas di Kabong

Lelaki disyaki pengedar syabu tumpas di Kabong

Krisis tenaga global: Kerajaan siap siaga hadapi kemungkinan kenaikan harga makanan

Krisis tenaga global: Kerajaan siap siaga hadapi kemungkinan kenaikan harga makanan

Jabatan Perikanan analisis menyeluruh kes pencemaran Sungai Kuala Juru

Jabatan Perikanan analisis menyeluruh kes pencemaran Sungai Kuala Juru

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi