Perjuangan rakyat Palestin tetap diteruskan biarpun dunia beralih arah konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak pernah sekali akan melupakan penderitaan dan kesengsaraan yang terus dihadapi rakyat Palestin ketika tumpuan seluruh dunia kini bertumpu kepada konflik terbaru di Asia Barat susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana sebaik sahaja serangan daripada Israel itu dimulakan, pintu masuk sempadan Rafah di Mesir ke Gaza juga ditutup pada bulan Ramadan.

Beliau menegaskan, tindakan terbabit menyebabkan bantuan makanan perubatan kepada rakyat Palestin terbantut, sekali gus mengakibatkan keadaan mereka kini dilapor semakin gawat.

“Semalam sudah dilancarkan misi bantuan kemanusiaan Sumud Darat yang mana 30 kontena (dari) Malaysia (akan dihantar) ke Gaza, yang akan membawa sebanyak 30 kontena bersaiz besar dengan muatan sebanyak 374 tan bahan makanan dan kit kebersihan ke Gaza sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia.

“Sumud Darat menandakan komitmen kita dan saya bangga anak-anak kita yang tidak lentur semangat mereka untuk mempertahankan hak, maruah dan kelangsungan hidup rakyat Palestin,” katanya ketika berucap bagi mengemuka usul mengutuk serangan biadab dan ganas Israel dengan sokongan AS ke atas Iran di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, pelancaran Sumud Darat juga membuktikan solidariti rakyat melangkaui kaum, agama dan latar belakang politik.

“Kita konsisten untuk berdiri teguh, mempertahankan hak rakyat Palestin dan dalam keadaan sekarang membantu meringankan beban hidup akibat kezaliman rejim Zionis Israel,” katanya.

Inisiatif berskala nasional itu diterajui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama Sumud Nusantara dengan dukungan penuh Kerajaan Malaysia.

MAPIM menerusi kenyataan berkata, misi itu akan digerakkan secara berfasa dengan penghantaran Pasukan Awal Misi ke Kaherah, Mesir dijangka pada Selasa ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Datuk Dr Ahmad Sani Araby Abdul Alim Araby yang juga Chef De Mission misi ini turut memaklumkan, penghantaran 30 kontena bukan sekadar operasi logistik, tetapi sebahagian daripada agenda Global Sumud Flotilla 2.0.

Beliau menekankan bahawa misi ini adalah kesinambungan usaha Malaysia dan Mapim, yang sebelum ini berjaya menghantar 100 kontena bantuan serta 40,000 tin daging ke Gaza antara 2024 hingga 2025.

Katanya, Mapim dan Kerajaan Malaysia juga memberi penekanan bahawa walaupun ruang udara ditutup dan ketegangan antara Iran dan Israel semakin memuncak, misi ini tetap diteruskan.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan