Pendirian Malaysia sokong Penyelesaian Dua Negara Palestin-Israel dimula sejak 2002

PUTRAJAYA – Penyelesaian Dua Negara atau ‘Two-State Solution’ bagi konflik Palestin-Israel telah pun dimulakan Kerajaan Malaysia sejak tahun 2002.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Penyelesaian Dua Negara yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara itu juga adalah pendirian Malaysia sejak dahulu malah pernah disebut beberapa Perdana Menteri sebelum ini.

Menurutnya, komitmen itu juga diteruskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Perikatan Nasional (PN) memerintah Kerajaan Persekutuan.

“Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara keseluruhan ada menyatakan dengan tegas Malaysia melindungi kewujudan negara Palestin dan sehingga kini tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai negara.

“Malah, apa yang disebut sebagai Penyeelsaian Dua Negara adalah kenyataan bukan dibuat hari ini dan semalam, namun sejak 2002, 2005, 2016, 2020 dan juga 2021 oleh Perdana Menteri sebelum ini. Jelas, ini adalah pendirian yang dipegang oleh kerajaan sejak sekian lama,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di Kementerian Komunikasi, hari ini.

Fahmi berkata demikian bagi mengulas penularan keratan video wawancara Anwar bersama Richard Quest dalam wawancara dengan CNN, baru-baru ini.

Sebelum ini, Muhyiddin ketika memegang jawatan Perdana Menteri menegaskan Malaysia menyokong penyelesaian yang adil dan saksama melalui Penyelesaian Dua Negara atau ‘Two-State Solution’ berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967.

Bagaimanapun, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) pada persidangan Parlimen baru-baru ini berpendirian sebaliknya dengan memaklumkan bahawa Penyelesaian Dua Negara atau ‘Two-State Solution’ bagi konflik Israel-Palestin kini tidak lagi relevan.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Malaysia telah lama berpendirian dan diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan, di mana satu-satunya jalan penyelesaian terbaik terhadap konflik di Gaza ialah dengan melaksanakan “Penyelesaian Dua Negara” berdasarkan garis sempadan pra-1967.

Menurutnya, komitmen Perdana Menteri dalam mempertahankan suara Palestin terbukti apabila membawa usul di persidangan Dewan Rakyat bagi menyingkirkan Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Di hari pertama persidangan Parlimen, Perdana Menteri beri penerangan berkenaan hasrat Malaysia membawa usul di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeluarkan negara haram Israel (sebagai anggota PBB).

“Perkara itu tidak disebut oleh kumpulan (yang menyunting video Perdana Menteri sokong Israel) dan sangat tidak adil dan bagi pihak Jemaah Menteri, ia perlu diberi penjelasan bahawa komited ini kita telah nyatakan sejak sekian lama,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri menegaskan Malaysia sudah menyediakan satu draf resolusi PBB yang antara lain mencadangkan agar Israel disingkir sebagai anggota pertubuhan itu sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang, hukum dan keputusan dalam isu membabitkan Palestin.

Beliau ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat berkata, draf resolusi itu sedang dalam proses rundingan dan dijangka dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB untuk kelulusan dalam masa terdekat.

Related Posts

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

KUALA LUMPUR – UMNO mencatatkan peningkatan ketara keahlian apabila seramai 13,954 individu menyertai parti itu melalui sistem pendaftaran dalam talian sejak diperkenalkan pada 22 April lalu. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎