BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

KOTA ISKANDAR – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh jaringan kebajikan rakyat menerusi pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Empat dengan memperluaskan kategori penerima baharu, termasuk dalam kalangan petugas hal ehwal agama Islam.

Langkah ini diumumkan susulan kedudukan ekonomi negeri yang semakin memberangsangkan serta kutipan hasil yang kukuh, sekali gus membolehkan pelbagai inisiatif tambahan dirangka demi kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata peluasan bantuan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan semua lapisan masyarakat terus terbela, termasuk mereka yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembangunan institusi agama.

“Penambahan kategori penerima ini bukan sahaja menghargai jasa petugas agama, malah memperkukuh ekosistem kebajikan yang lebih inklusif dan menyeluruh,” katanya.

Menerusi inisiatif terbaharu ini, beberapa kumpulan petugas agama bakal menerima bantuan tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM200 seorang dengan jumlah keseluruhan peruntukan mencecah RM7.6 juta.

Antara penerima yang terlibat ialah jawatankuasa masjid dan surau, sukarelawan penggali kubur serta pegawai agama bertauliah yang tidak menerima elaun tetap.

Bagi jawatankuasa masjid dan surau, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM6 juta yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 individu di seluruh Johor. Mereka merangkumi pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari serta ahli jawatankuasa yang disahkan oleh Pejabat KADI Daerah dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Dalam pada itu, seramai 3,000 sukarelawan penggali kubur Islam yang aktif turut menerima manfaat dengan peruntukan sebanyak RM600,000 sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat kebajikan yang mereka sumbangkan.

Selain itu, kira-kira 5,000 pegawai agama bertauliah yang tidak menerima elaun tetap, termasuk imam, bilal, noja, guru al-Quran serta pemegang tauliah mengajar, turut menerima bantuan melibatkan peruntukan RM1 juta.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pelaksanaan 22 inisiatif di bawah BKJ Fasa Empat dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM138 juta. Pengumuman tersebut dibuat sempena Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Pelaksanaan BKJ Fasa Empat ini dilihat sebagai langkah strategik kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, selari dengan kemakmuran ekonomi Johor yang semakin berkembang.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi