DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

KUALA LUMPUR – DAP mengarahkan seluruh jentera parti bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, perkara itu dipertimbangkan sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dibubarkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang mengadakan mesyuarat bulanan malam semalam di ibu pejabat DAP di sini.

“Mesyuarat membincangkan perkembangan terkini krisis politik di Negeri Sembilan dan memutuskan lima pendirian, antaranya mengarahkan seluruh jentera parti untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut di tiga negeri itu,” katanya dalam kenyataan.

Loke juga berkata, dalam mesyuarat itu, DAP menegaskan pendirian lain iaitu parti tidak bersetuju dengan apa-apa cadangan pertukaran Menteri Besar Negeri Sembilan pada ketika ini selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sedia ada gagal.

“DAP akan terus memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

“DAP sentiasa menghormati dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan. Segala isu yang membabitkan institusi Raja dan Adat Pepatih perlu diselesaikan dengan penuh hormat dan tertib mengikut lunas Perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.

“DAP menjunjung kasih ke bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir atas titah Tuanku supaya Kerajaan Negeri terus berfungsi seperti biasa di bawah pentadbiran Aminuddin,” katanya.

Related Posts

Tun M gagal satukan Melayu kerana percaturan politik sendiri

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen berpandangan kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatukan orang Melayu berpunca daripada percaturan politik yang dibuat sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu sejak Pilihan Raya Umum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

TINDAKAN penggantungan melibatkan Bersatu dilihat tidak memberi kesan besar terhadap kedudukan Pas di Terengganu, namun berpotensi memberi implikasi lebih besar kepada landskap Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional. Pensyarah Fakulti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi