Pemerkasaan wanita Sabah, Hajiji seru MPWS jadi ejen perubahan

KOTA KINABALU – Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) diseru agar menjadi ejen perubahan dalam memperkasa fungsi wanita Sabah melalui keterlibatan membuat keputusan dan proses dasar di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru lebih ramai wanita diperkasakan melalui program berkesan yang memberi mereka keupayaan membuat pilihan serta terlibat dalam proses dasar dan pembuatan keputusan.

Menurut beliau, pemerkasaan wanita adalah penting bukan sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan wanita tetapi untuk kemajuan keseluruhan masyarakat.

“Pemerkasaan wanita akan membawa kepada hasil ekonomi yang lebih baik, keluarga yang lebih sihat dan komuniti yang lebih adil.

“Tetapi ini memerlukan usaha kolaboratif daripada semua kerajaan, organisasi dan individu untuk mewujudkan persekitaran inklusif di mana wanita boleh mencapai kemajuan.

“Oleh itu, saya berharap ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) yang baharu dilantik ini akan dapat menjadi sebahagian jentera kerajaan dalam mengoptimumkan penglibatan wanita dalam pelbagai aspek.

“Ianya bagi melahirkan wanita yang berilmu dan hebat yang boleh membawa nama negeri Sabah ke persada antarabangsa,” katanya semasa berucap majlis angkat sumpah ahli MPWS di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

Tambahnya, wanita perlu diberi peluang dalam pelbagai bidang agar mereka dapat membuat pilihan yang memberi kesan positif kepada diri dan keluarga.

“Yang lebih penting, saya mahu wanita mempunyai akses kepada peluang, termasuklah pemerkasaan seperti dalam ekonomi, pendidikan dan politik.

“Ia untuk membolehkan wanita membuat pilihan yang memberi impak positif kepada kehidupan mereka dan keluarga mereka,” katanya.

Hajiji berkata peranan dan kepentingan wanita sebagai modal insan yang menjana pembangunan negeri semakin jelas.

“Dalam hal ini, semua pihak perlu memainkan peranan membantu kerajaan dalam melahirkan wanita yang berilmu pengetahuan.

“Khususnya dalam menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang memerlukan nilai-nilai kreativiti dan inovasi,” katanya.

Sehubungan itu, MPWS yang ditubuhkan sebagai badan penyelaras dan penasihat kepada kerajaan Negeri serta pengantara kerajaan Negeri dan organisasi wanita bukan kerajaan.

“Tugas MPWS termasuk melaksanakan dasar dan program yang memberi manfaat kepada kaum wanita Sabah di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa, antara lainnya.

“Oleh itu, bagi mereka yang dilantik memegang jawatan di MPWS, adalah satu penghormatan bahawa anda telah dipilih dan diberi amanah dalam peranan kepimpinan untuk memastikan wanita di Sabah akan mendapat manfaat daripada dasar dan program kerajaan melalui MPWS,” katanya.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran