Pemerkasaan modal insan, teknologi jadi fokus Sabah untuk 2025

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah terus komited melaksanakan strategi dan program sejajar dengan misi Sabah Maju Jaya (SMJ) khususnya dalam memperkasakan modal insan pada tahun 2025.

Menurut Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, terdapat lima keutamaan yang digariskan dalam mengangkat nama Sabah ke peringkat nasional dan global.

“Antara fokus utama adalah meningkatkan keupayaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Pusat Kecerdasan Buatan (AI), Pemerkasaan Bahasa Inggeris dan Pusat Angkasa.

“Sabah akan terus memperkukuh penguasaan dalam bidang STEM dan TVET.

“Ia adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang semakin meningkat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Haul Ke-30 Tahun Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun di Masjid Negeri, pada Khamis.

Beliau yang juga Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah berkata, Kerajaan Sabah sedang merancang penubuhan Pusat Kecerdasan Buatan (AI) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Perbincangan bersama pakar AI UMS telah dimulakan untuk merealisasikan inisiatif ini, menjadikan Sabah antara negeri terawal memperkenalkan Pusat AI,” katanya.

Tambahnya, pemerkasaan Bahasa Inggeris turut menjadi keutamaan dan pendekatan ini akan dilakukan mengikut acuan tempatan.

“Saya akan panggil dalam masa terdekat pakar-pakar dalam bidang bahasa Inggeris dengan penglibatan pakar dari institusi seperti UMS, UiTM, IPG dan beberapa pakar yang sudah kita kenal pasti untuk mendapat sumbang saran mereka.

“Langkah ini bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Sabah,” katanya.

Tambah beliau, kajian kebolehlaksanaan penubuhan pusat angkasa di Sabah turut menjadi keutamaan.

“Tapak projek telah dikenal pasti, dan laporan kebolehpelaksanaan sedang ditunggu.

“Sekiranya berjaya, pusat ini akan memberi manfaat besar dalam aspek teknologi dan ekonomi.

“Dijangka lebih 300 produk hiliran berkaitan angkasa lepas dapat dihasilkan,” ujarnya.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan