Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi tersebut dijalankan pada Selasa bermula sekitar 11 pagi oleh Paukan Petugas Khas IPD Saratok.

Beliau berkata, operasi berkenaan dilakukan hasil maklumat risikan berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Pemeriksaan kemudian dijalankan ke atas dua lelaki yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang itu.

Menurutnya, pasukan operasi yang diketuai Inspektor Henry telah menahan kedua-dua suspek sebelum membawa mereka ke Balai Polis Saratok bagi menjalani ujian saringan air kencing.

“Hasil ujian saringan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Suspek pertama merupakan lelaki tempatan berusia 33 tahun dari Roban dan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Sementara itu, suspek kedua berusia 28 tahun turut berasal dari Roban dan mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan dadah, termasuk ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta pernah dihukum bagi kesalahan sama tahun lalu.

Mathew menegaskan, kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau menegaskan usaha membanteras penyalahgunaan dadah akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat terjamin.

Related Posts

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

SRI GADING – Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk mewujudkan lima kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan menerima bantahan keras Pemuda AMANAH. Exco Pemuda AMANAH Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan