Kedai runcit gagal letak tanda harga dikenakan kompaun RM300

SANDAKAN – Seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sim-Sim dikenakan kompaun sebanyak RM300 kerana gagal meletakkan tanda harga pada 20 botol minuman berkarbonat pelbagai perisa seberat 330 mililiter (ml) yang dipamerkan di premis perniagaannya.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Daerah Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, tindakan tersebut diambil berdasarkan aduan pengguna yang diterima melalui Portal E-Aduan KPDN yang melaporkan kegagalan peniaga tersebut dalam meletakkan tanda harga.

“Kompaun ini dikeluarkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

“Hasil pemeriksaan dilakukan di kedai tersebut selepas aduan diterima dan mendapati peniaga gagal meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Tambah beliau, jika seseorang individu disabitkan kesalahan kerana gagal meletakkan tanda harga atau senarai harga ke atas barangan yang dijual, tindakan yang diambil mengikut AKHAP 2011 boleh membawa denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

“Kompaun sehingga RM25,000 juga boleh dikenakan.

“Bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut denda boleh mencapai sehingga RM100,000 atau kompaun sehingga RM50,000,” jelasnya.

Katanya, pada tahun 2024, KPDN Sandakan telah melakukan 6,850 pemeriksaan premis meliputi 4,274 pemeriksaan di bandar dan 2,576 di luar bandar.

“Sebanyak 185 kes dilaporkan dengan nilai rampasan berjumlah RM3,310,219.89.

“Manakala, kompaun yang dikutip pula mencapai RM114,300,” katanya.

Tambah Azdy, dari segi pendakwaan, sebanyak enam kes dibawa ke mahkamah dengan lima kes dikenakan denda RM80,000 dan satu kes dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Jelas beliau, semua kes pendakwaan tersebut adalah tindakan kes yang telah diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Dari segi aduan pengguna, sebanyak 154 aduan telah diterima sejak 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 di mana 149 aduan (96.75 peratus) telah diselesaikan manakala baki 5 aduan (3.25 peratus) lagi sedang dalam siasatan.

“KPDN Sandakan juga terus mengalu-alukan aduan dan maklumat mengenai salah laku peniaga melalui talian WhatsApp 019 848 8000, Portal E-Aduan, Call Centre 1 800 868 800, Emel eaduan@kpdn.gov.my dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command (Enforcement) di 03 – 8882 6088 / 6245 atau hantar Surat Rasmi ke Pejabat KPDN yang berdekatan,” ujarnya.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan