Wanita cedera diserang, dipukul lima wanita tidak dikenali

TAWAU – Seorang wanita mengalami kecederaan selepas dipercayai diserang dan dipukul lima wanita tidak dikenali di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel di bandar Tawau, Isnin lepas.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, mangsa berumur 36 tahun berkenaan mengalami beberapa kecederaan dan pendarahan di bahagian muka, belakang dan tepi kepala kiri mangsa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada petang Rabu.

“Susulan laporan polis dibuat, lima wanita berumur 16 hingga 62 tahun kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Motif kejadian masih dalam siasatan, orang ramai digesa untuk tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Jasmin turut menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga keamanan dan tidak mengambil tindakan melulu yang boleh mencetuskan keganasan.

Katanya, kes sedemikian menjadi peringatan kepada masyarakat bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah Tawau terpelihara.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan