Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

SRI GADING – Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk mewujudkan lima kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan menerima bantahan keras Pemuda AMANAH.

Exco Pemuda AMANAH Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda yang menyifatkan langkah itu sebagai tidak demokratik dan menyimpang daripada prinsip asas pilihan raya.

Menurut beliau, cadangan membawa Rang Undang-Undang berkenaan di Dewan Negeri Johor ketika penggal DUN hampir tamat menimbulkan persoalan serius terhadap keutamaan sebenar kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN).

“Dalam keadaan pembubaran DUN boleh berlaku pada bila-bila masa, tindakan memperkenalkan ADUN lantikan dilihat seperti satu jalan pintas untuk memperkukuh kuasa, bukannya memperbaiki sistem perwakilan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Fadhli menegaskan bahawa keutamaan sebenar ketika ini adalah melaksanakan persempadanan semula kawasan DUN yang lebih adil, khususnya melibatkan kawasan yang mempunyai jumlah pengundi yang terlalu besar dan tidak seimbang.

Beliau memberi contoh beberapa kawasan seperti Skudai, Puteri Wangsa, Stulang dan Kota Iskandar yang masing-masing mempunyai jumlah pengundi hampir atau melebihi 100,000 orang, berbanding kawasan seperti Endau dan Serom yang mempunyai kurang daripada 20,000 pengundi.

“Ketidakseimbangan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia menjejaskan keadilan perwakilan rakyat. Setiap pengundi berhak mendapat suara yang seimbang dalam Dewan Negeri,” jelasnya.

Tambah beliau, dalam sistem demokrasi, wakil rakyat seharusnya dipilih melalui mandat rakyat, bukan dilantik berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.

“Jika kerajaan benar-benar mahu memperkukuh perwakilan, langkah yang wajar ialah menambah kerusi DUN melalui proses pilihan raya, bukannya mewujudkan laluan pintas melalui pelantikan,” katanya lagi.

Beliau turut menyifatkan cadangan tersebut sebagai tanda kegagalan kerajaan negeri memahami keperluan sebenar rakyat, terutama ketika isu ketidakseimbangan jumlah pengundi antara kawasan semakin ketara.

Sehubungan itu, Fadhli menegaskan bahawa Johor tidak memerlukan ADUN lantikan, sebaliknya memerlukan reformasi melalui persempadanan semula yang adil, penambahan kerusi yang munasabah, serta wakil rakyat yang benar-benar dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan