Pembangkang kering modal, cuba main isu kapal Tentera Laut China berlabuh

PUTRAJAYA – Pemimpin dan penyokong pembangkang dilihat makin kekeringan isu dan menjadikan isu kapal Tentera Laut China berlabuh di Pulau Pinang sebagai modal politik mereka.

Sedangkan, sejak sekian lama banyak kapal daripada pelbagai negara pernah singgah berlabuh di beberapa pelabuhan utama di Malaysia.

Kapal perang USS Abraham Lincoln milik armada Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor pada Oktober 2010.

Setahun selepas itu, pada bulan Mac 2011, kapal milik AS – USS Blue Ridge – juga memilih untuk berlabuh di pelabuhan sama selama tiga hari.

Pelabuhan Klang juga pernah menjadi lokasi persinggahan Tentera Laut China pada tahun 2016 bersama 749 pegawai tentera negara itu.

Pada tahun sama, kapal Tentera Laut Algeria berlabuh di Pelabuhan Klang, manakala kapal perang Korea pula direkodkan berlabuh di Sabah pada November 2017.

Kapal perang India pula pernah dilaporkan memilih untuk ‘berehat’ di Pelabuhan Klang pada tahun 2022.

Sebuah lagi kapal perang milik AS – USS Milius – berlabuh di Kota Kinabalu pada tahun sama.

Banyak lagi rekod menunjukkan banyak kapal perang pernah singgah di pelabuhan negara jika pembangkang membuat semakan.

Perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu politik kerana ia adalah bukti bahawa hubungan baik antara Malaysia dan pelbagai negara sangat akrab.

Kapal perang USS Pearl Harbour pun pernah singgah di pelabuhan negara kita.

Jadi, isu kapal China berlabuh di pelabuhan Pulau Pinang hanyalah isu yang sengaja dibesar-besarkan pembangkang untuk mengundang persepsi tertentu dalam kalangan rakyat.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China