Pelaksanaan biodiesel B15 pacu permintaan minyak sawit tempatan

PUTRAJAYA – Tindakan Malaysia untuk meningkatkan mandat campuran biodiesel daripada B10 kepada B15, bermula dengan pelaksanaan awal B12, dijangka memberi kesan positif kepada sektor minyak sawit.

Bagaimanapun, penganalisis CIMB Securities, Ivy Ng Lee Fang berkata, langkah itu dilihat masih terhad dalam memberi impak untuk jangka masa pendek.

Menurut beliau, laporan menunjukkan program B10 menggunakan kira-kira 750,000 tan minyak sawit setahun apabila dilaksanakan sepenuhnya.

“Berdasarkan ini, pelaksanaan awal B12 dianggarkan meningkatkan penggunaan minyak sawit sebanyak 150,000 tan kepada 900,000 tan.

“Peningkatan ini adalah sederhana, hanya mewakili sekitar 0.7 peratus daripada pengeluaran minyak sawit Malaysia pada 2025.

“Oleh itu, walaupun peningkatan mandat biodiesel ini dilihat positif, ia tidak dijangka menjadi pemangkin besar dalam jangka pendek,” katanya menerusi nota penyelidikan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Ivy berkata, langkah tersebut juga menyokong harga minyak sawit mentah (MSM) dari sudut sentimen, namun masih belum cukup signifikan mengubah keseimbangan pasaran secara ketara dalam jangka pendek.

Menurut beliau, kesan yang lebih bermakna dijangka hanya akan dilihat sekiranya mandat campuran ditingkatkan ke paras lebih tinggi seperti B15 hingga B30.

“Pada tahap tersebut, permintaan tambahan minyak sawit berpotensi meningkat antara 0.38 juta hingga 1.5 juta tan, bersamaan 1.8 peratus hingga 7.4 peratus daripada bekalan negara.

“Dalam masa sama, kapasiti pengeluaran biodiesel Malaysia yang dianggarkan sekitar 2.36 juta tan setahun memberikan ruang mencukupi untuk menyokong peningkatan mandat pada masa hadapan,” jelasnya.

“Secara keseluruhan, peningkatan mandat biodiesel ini dilihat sedikit positif kepada harga MSM serta syarikat perladangan bersepadu yang mempunyai pendedahan kepada biodiesel seperti Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), SD Guthrie dan Genting Plantations.

Terdahulu, kerajaan pada Rabu bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan susulan krisis di Asia Barat.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah berkata, langkah ini tidak akan melibatkan kos tambahan kerana ia memanfaatkan infrastruktur pencampuran sedia ada, dengan program B10 ketika ini menunjukkan tahap kesiapsiagaan yang mencukupi untuk kadar campuran lebih tinggi.

Keputusan ini dibuat susulan perbincangan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan merupakan sebahagian daripada strategi lebih luas untuk memanjangkan bekalan diesel domestik serta mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keterjaminan makanan: Belajar dari krisis, sedia dari dapur sendiri

KUCHING – Setiap kali harga barang keperluan asas naik, keluhan pasti kedengaran di pelbagai platform.  Namun, sedarkah kita bahawa isu keterjaminan makanan sebenarnya adalah bom jangka ‘senyap’ yang menuntut persiapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori