Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

KUALA KANGSAR – Isu gangguan kutipan sisa pepejal di lima zon sekitar daerah ini yang mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk sejak dua minggu lalu dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) memaklumkan, gangguan perkhidmatan itu berpunca daripada ketiadaan lori kutipan sampah milik kontraktor yang dilantik, yang sepatutnya memulakan operasi pada 5 April lalu.

Menurut kenyataan MPKK, tindakan segera telah diambil dengan menggerakkan tenaga kerja serta aset milik majlis bagi memastikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal tidak terhenti sepenuhnya sepanjang tempoh gangguan.

“Kerja-kerja kutipan longgokan sampah di lima zon terlibat sedang giat dijalankan dan dijangka selesai dalam masa satu minggu,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Dalam masa sama, pihak majlis memaklumkan bahawa rundingan dan tindakan susulan bersama kontraktor terlibat sedang dipergiat bagi memastikan perkhidmatan kembali stabil seperti sediakala dalam kadar segera.

Sejak dua minggu lalu, isu berkenaan menjadi perhatian utama warga Bandar Diraja Kuala Kangsar apabila kegagalan kutipan mengikut jadual menyebabkan sisa buangan semakin menimbun, sekali gus mencetuskan masalah bau tidak menyenangkan serta kehadiran ulat sampah.

Situasi itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk di media sosial yang mendesak pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah berkenaan.

Sehubungan itu, MPKK menyeru orang ramai agar terus memberi kerjasama dengan mengurus sisa pepejal secara bertanggungjawab sepanjang tempoh pemulihan.

Pada masa sama, pihak majlis turut merakamkan penghargaan kepada sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang tampil membantu menguruskan sisa pepejal di kawasan terjejas.

“Semangat kebersamaan yang ditunjukkan mencerminkan tahap keprihatinan komuniti terhadap kebersihan persekitaran,” menurut kenyataan itu.

MPKK dalam pada itu memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami penduduk serta menghargai kesabaran dan kerjasama semua pihak dalam mendepani situasi berkenaan.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori