Anwar galak Bank Rakyat teroka peluang baharu

WUJUD keperluan untuk Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) meneroka peluang baharu ke arah mewujudkan model perniagaan yang lebih berdaya saing dan mampan demi manfaat bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bank Rakyat juga perlu menggalas mandat penubuhannya dengan lebih berani dan berwawasan.

Beliau  turut merakamkan penghargaan terhadap prestasi tadbir urus dan kedudukan kewangan Bank Rakyat yang kekal kukuh pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan disiplin serta komitmen tinggi dalam mengurus amanah.

“Pada masa sama, perbincangan turut tertumpu kepada usaha memantapkan sistem perbankan dan kewangan Islam.

“Saya menegaskan bahawa prinsip keadilan, ihsan dan keterangkuman mesti terus menjadi teras dalam memperluas peranan kewangan Islam, selari dengan aspirasi MADANI,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Rabu.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak serta Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Perjumpaan itu dilakukan bagi meneliti prestasi kewangan 2025 serta hala tuju institusi itu bagi tahun mendatang.

Related Posts

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) ketika ini tidak melihat keperluan untuk menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebarang perubahan lazimnya akan dibuat ketika pengumuman belanjawan. Gabenor Bank Negara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua 2026 hasil prestasi mantap yang mengatasi jangkaan susulan prestasi eksport lebih kukuh, perbelanjaan isi rumah yang kekal mampan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera