Guru wanita maut, kereta bertembung lori

PONTIAN – Seorang guru wanita maut ketika dalam perjalanan ke rumah pengasuh anaknya di kilometer 2.2 Jalan Sri Menanti-Parit Sikom di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, mangsa Jamaliah Aris, 37, mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.

Jelasnya, nahas pada jam 4 petang itu, melibatkan kereta Toyota Vios dipandu mangsa dengan lori Isuzu putih dipandu seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa kereta mangsa keluar dari simpang Parit Basilam lalu bertembung dengan lori berkenaan.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Pontian,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan namun ditahan dan kenderaan berkenaan disita untuk siasatan lanjut.

“Ujian saringan air kencing pemandu lori didapati negatif. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Αkta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian tersebut tampil ke Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian atau menghubungi Inspektor Tong Siew Fen 010-2090396 untuk bantu siasatan,” katanya.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori