‘Pas jangan biar Annuar Musa memandai keluar fatwa’

“ADAKAH Annuar ahli fatwa sejak menyertai Pas?”, soal Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kepada Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa.

Mohd Puad berkata demikian bagi mengulas lanjut tindakan Annuar yang ‘merehatkan’ sementara seorang pengacara majlis daripada terbabit program ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, selepas individu itu dikatakan tersasul menyebut perkataan ‘kafir harbi’ terhadap DAP dalam ceramah di Sungai Asap, di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, Pas tidak seharusnya membiarkan ahlinya mengeluarkan hukum agama dengan sesuka hati hanya kerana ingin memburukkan UMNO.

“Isu kafir harbi adalah isu fatwa. Maka Pas patut keluar fatwa apakah DAP tergolong sebagai ‘kafir harbi’ yang halal darah mereka. Jangan biarkan ahli Pas sesuka hati keluar hukum. Kerana nak kenakan UMNO keluarlah fatwa politik songsang.

“Kenapa pula Annuar yang jawab? Sejak bila dia ahli fatwa Pas. Baru masuk Pas sudah jadi ahli fatwa dan jurucakap Pas? Elok Pas hati hati. Jangan biar Annuar Musa memandai,” katanya di Facebook pada Sabtu.

Dengan nada sinis, Mohd Puad berkata, jawapan yang dilontarkan Annuar berbaur politik semata-mata.

Beliau turut menasihatkan agar Annuar tidak mendahului pemimpin Pas dalam apa jua kenyataan yang dikeluarkan.

“Jawapan Annuar pula nampak main politik. Mulanya Annuar kata ahli Pas itu terlepas cakap. Ayat dia tak salah, boleh betul lagi. Kemudian Annuar kata itu pendapat individu. Dia cakap kaşar macam main kasar dalam hoki.

“Bab fatwa mana boleh pakai logik. Nasihat saya pada Annuar jangan mendahului pemimpin Pas. Nanti kena pecat macam UMNO pecat dia,” katanya.

Individu terbabit direhatkan selama tiga hari bermula kelmarin dan tidak akan terbabit sebarang ceramah kempen mereka sepanjang tempoh itu.

Semalam, media melaporkan DAP menuntut individu yang dikatakan mendakwa parti itu adalah ‘kafir harbi di Malaysia’ pada program ceramah Pas dan PN pada kempen PRK DUN Nenggiri, supaya memohon maaf.

Dalam satu kenyataan bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman, dipetik berkata, individu terbabit dipercayai menjadi pengerusi pada majlis berkenaan.

Related Posts

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PUTRAJAYA – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan membuktikan Kerajaan MADANI tidak meminggirkan mana-mana negeri, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat merentasi perbezaan politik. Timbalan Naib Canselor Akademik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar