Angkara tuduh DAP kafir harbi, pengacara majlis PN kena ‘gantung’

GUA MUSANG – Perikatan Nasional (PN) ‘merehatkan’ sementara seorang pengacara majlis daripada terbabit program ceramah kempen pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, selepas individu itu dikatakan tersasul menyebut perkataan ‘kafir harbi’ terhadap DAP dalam ceramah di Sungai Asap, malam kelmarin.

Ketua Operasi PN bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa berkata, individu terbabit direhatkan tiga hari bermula kelmarin dan tidak akan terbabit sebarang ceramah kempen mereka sepanjang tempoh itu.

“Dia terlepas cakap… dalam PRK, kita tidak mahu ada sebarang sentimen ataupun kekeruhan.

“Justeru, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, memaklumkan kepada saya bahawa kita meminta orang kita bertenang dan itu menjadi peringatan kepada yang lain-lain.

“Kita akan kekal berkempen dengan cara penuh beretika, termasuk oleh penceramah dan juruacara,” katanya kepada media selepas menyampaikan Ceramah Perdana Pertahan Nenggiri Undi Bulan di Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Annuar menjelaskan, tiada keperluan untuk PN membuat permohonan maaf berhubung perkara itu kerana ia adalah pendapat individu dan bukan pendirian parti.

“Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tersasul menyebut ‘hidup Israel’ pun masih lagi memegang jawatan,” katanya.

Semalam, media melaporkan DAP menuntut individu dikatakan mendakwa parti itu adalah ‘kafir harbi di Malaysia’ pada program ceramah Pas dan PN pada kempen PRK DUN Nenggiri, supaya memohon maaf.

Dalam satu kenyataan bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman, dipetik berkata individu terbabit dipercayai menjadi pengerusi pada majlis berkenaan.

Related Posts

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

KUCHING – Sarawak membuktikan keberkesanan pentadbirannya di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila berjaya mencatatkan lonjakan pendapatan luar biasa sehingga mencecah RM14.2 bilion. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?