Pas bina istana, rakyat terus papa

PAS dengan gah mengumumkan kejayaan mengumpul RM5.86 juta bagi membina ibu pejabat baharu berhampiran Putrajaya.

Namun di sebalik tepukan perwakilan dalam Muktamar ke-71, tersembunyi hakikat yang amat memalukan selepas membeli tanah, baki sebenar yang tinggal hanyalah RM528,430. Itupun belum masuk kos pembinaan yang menelan jutaan ringgit lagi.

Bangunan elit, rakyat terpinggir

Pas melaungkan perjuangan untuk marhaen, kononnya membela rakyat bawahan.

Tetapi tindakan mereka jelas mendedahkan wajah sebenar — sibuk membina bangunan mewah berkonsep futuristik di Putrajaya, sedangkan rakyat masih dihimpit inflasi, peluang kerja sempit, dan harga barang semakin mencekik.

Apa guna ibu pejabat futuristik kalau rakyat di kampung terus bergelut membayar bil elektrik dan membeli beras?

Gagal mobilisasi ahli sendiri

Pas mendabik dada dengan skim ‘Infaq Istiqamah’, kononnya sasaran 10 peratus ahli akan menyumbang tetap setiap bulan.

Realitinya? Hanya 2 peratus sahaja yang sanggup. Ini bukti jelas bahawa ahli sendiri tidak yakin dengan pengurusan kewangan parti.

Bagaimana mahu memimpin negara kalau akar umbi sendiri tidak sanggup berkorban?

Simbol kuasa, bukan kebajikan

Pas mahu rakyat percaya mereka parti Islam sederhana yang membela ummah.

Tetapi tindakan mereka membeli tanah di Putrajaya dan bercita-cita mendirikan mercu tanda politik hanyalah simbol kuasa.

Apa beza Pas dengan parti elitis lain yang mereka selalu hina?

Bangunan boleh jadi megah, dewan konvensyen boleh nampak futuristik, tetapi maruah rakyat yang dikhianati tidak boleh ditutup dengan kaca dan besi.

Rakyat wajar bertanya

Kenapa jutaan ringgit digunakan untuk bangunan sedangkan kebajikan rakyat diabaikan?

Apakah Pas kini lebih berminat menunjuk-nunjuk kemewahan berbanding mengangkat taraf hidup rakyat?

Di mana janji perjuangan Islam, bila yang ditonjolkan hanyalah mercu tanda elitis di ibu kota?

Pas boleh menipu penyokong dengan imej gah di Putrajaya, tetapi mereka tidak boleh menipu rakyat Malaysia yang celik.

Di sebalik laungan takbir, Pas sedang menggadaikan kepercayaan rakyat dengan projek istana politik mereka.

“Woh, beli tanah juta dekat Putrajaya nok buat jabat, rakyat di Terengganu ramai agi miskin, pastu kabo kerajaan pusat zalim nafikan bantuan. Beli tanah rege jute nok buat jabat boleh, bab bantu rakyat saloh ke kerajaan pusat kate zalim, hipokrit sungguh sek lebai ning.”

Related Posts

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

KENYATAAN terbaharu seorang Adun Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran. Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan