
TULAR di media sosial berkenaan papan tanda ucapan kemerdekaan oleh ADUN Jerteh, Dr Riduan Mohd Noor.
Jika dilihat sekali imbas tidak nampak sebarang kejanggalan namun apabila diperhatikan secara dekat tema kemerdekaan terdapat kesilapan.
Tema kemerdekaan pada tahun ini adalah Malaysia MADANI Rakyat Disantuni tetapi di dalam gambar tersebut tema yang ditulis ialah Malaysia MADANI Jiwa Merdeka iaitu tema sambutan kemerdekaan tahun 2024
“Tukor mimbo skali tema kemerdekaan sek Pas ning, doh guane gitu, parok nissang lah, level ADUN doh tu.”
Lebih menghairankan bilangan jalur dalam bendera Jalur Gemilang juga tidak cukup 14 jalur.
“Hok ning berat nanang agi, tok kang level ADUN tok ingat berape jalur dalam dere Malaysia, jeng kreng molek.”
Jika benar berlaku kesilapan fatal seperti yang dikesan pada papan tanda tersebut maka ADUN Jerteh wajib memohon maaf dan segera membetulkan papan tanda tersebut
Jalur Gemilang tidak sesekali boleh dibuat semberono kerana ia adalah identiti negara yang wajib dihormati dan juga tema sambutan kemerdekaan mestilah menepati dengan apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
“Sek Pas ning alik orang bile buat saloh sedak ngat tibang, gelebek nyeng bahang ke die, kalu die buat silap senyap tipah terus, mende gok peel lagu ning islang peseng guane gining?”