
Ketua Pegawai Operasi SESB, Ir. Ts. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata, gangguan berlaku sekitar pukul 5.05 petang pada Sabtu sebelum proses pemulihan bekalan dijalankan secara berperingkat.
“Pasukan teknikal kini giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca talian sambungtara Kolopis–Segaliud terpelantik.
“Tidak dinafikan, keadaan cuaca teruk ketika ini turut memberi kesan secara langsung kepada gangguan bekalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata usaha pemulihan sedang dilakukan dengan segera meskipun cabaran cuaca menjejaskan operasi di lapangan.
SESB turut merakamkan penghargaan kepada semua pengguna di Pantai Timur Sabah atas kesabaran dan keprihatinan mereka serta memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Maklumat lanjut berhubung status bekalan elektrik akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran media sosial rasmi SESB.







