Generasi muda Felda perlu bangkit tangkis fitnah

PADANG TERAP – Generasi muda Felda yang celik digital diseru untuk bangkit menangkis sebarang fitnah dan dakyah yang cuba mempengaruhi masyarakat peneroka.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata media sosial hari ini perlu dikawal dengan bijaksana kerana ia menjadi wadah utama yang mencorakkan pemikiran warga Felda, khususnya golongan remaja.

“Generasi sentuhan digital Felda tidak boleh mudah terpengaruh dengan maklumat tidak sahih yang disebarkan pembangkang sehingga akhirnya merugikan diri dan komuniti pada masa depan,” katanya ketika berucap dalam Program Madani Rakyat di Felda Lubuk Merbau, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan Felda tidak pernah dianaktirikan, malah terus diberi perhatian kerajaan Persekutuan meskipun ada kawasan Felda berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri pembangkang.

Sebagai Felda kedua terbesar di Malaysia dengan 769 keluarga peneroka, Lubuk Merbau menurutnya perlu menjadi contoh dalam menolak dakyah serta memastikan generasi mudanya memainkan peranan penting membina imej positif Felda di mata masyarakat.

“Remaja Felda mesti bijak menapis maklumat di media sosial. Peranan mereka besar kerana inilah generasi sentuhan digital yang mampu mencorakkan hala tuju Felda pada masa kini dan masa depan,” katanya.

Menurutnya lagi, kini sudah sampai masanya generasi muda mencorakkan kehidupan baharu mereka di Felda.

“Adalah sangat membimbangkan sekiranya golongan ini terpengaruh dengan dakyah fitnah sudah pasti Felda yang dahulunya aman pasti akan menjejaskan ketenteraman di kawasan itu.

“Oleh itu mereka perlu bijak menanganinya apabila setiap kali menerima maklumat dari sebarang media sosial hari ini,” ujarnya.

Menurutnya lagi, adalah menyedihkan sekiranya generasi keempat yang tinggal di Felda hari ini tidak menjaganya dengan baik pasti nenek moyang mereka yang bina selama ini pasti akan kecewa.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16