PKR Sabah alu-alukan persetujuan tambahan kerusi Parlimen untuk Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menyambut baik persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menambah jumlah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.

Pengerusinya, Datuk Mustapha Sakmud berkata, langkah bersejarah itu signifikan kerana hadir bersempena sambutan Hari Malaysia ke-62, sekali gus memperkukuh semangat asal yang mendasari pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Penambahan kerusi ini bukan sahaja memperbetulkan keseimbangan representasi di Dewan Rakyat, malah ia menjadi pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan di Sabah dan Sarawak melalui dasar yang lebih fokus serta berkesan.

“Dengan suara yang lebih kukuh di Parlimen, rakyat kedua-dua negeri akan lebih diyakini bahawa hak mereka dihormati dan diperjuangkan,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Jelasnya, persetujuan itu juga membuktikan komitmen kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Anwar untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara menyeluruh.

Beliau berkata, MPN PKR Sabah percaya langkah ini akan memperkukuh hubungan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak serta mengiktiraf kedua-dua wilayah ini sebagai rakan setara dalam perjalanan membina Malaysia yang lebih inklusif dan makmur.

“Bagi pihak KEADILAN Sabah, kami menyatakan komitmen padu untuk terus mendukung agenda reformasi Kerajaan Perpaduan demi memastikan Sabah dan Sarawak mendapat manfaat sepenuhnya daripada pelaksanaan MA63 serta penambahan kerusi Parlimen yang bakal direalisasikan.

“Keputusan ini membawa mesej jelas Sabah dan Sarawak adalah rakan strategik dalam pembinaan masa depan negara, selaras dengan semangat MA63 dan aspirasi Kesejahteraan Bersama untuk semua rakyat Malaysia,” ujar Mustapha.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia