Pahang sasar tahun 2026 selesai masalah bekalan air

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyasarkan 90 peratus isu bekalan air diselesaikan akhir tahun 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak RM91.97 juta diperuntukkan melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) untuk pelaksanaan projek penting sepanjang tahun hadapan.

Katanya, tujuh projek utama akan dilaksanakan menerusi peruntukan itu antaranya pembinaan loji rawatan air (LRA) baharu, tangki imbangan dan pemasangan paip agihan air.

“Antara projek diberi keutamaan adalah pembinaan LRA Bukit Puling, Kuantan membabitkan peruntukan RM40 juta, Tangki Imbangan di Kawasan Perindustrian Gebeng (RM45 juta), LRA di Karak, Bentong (RM500,000), pembinaan tangki sedutan dan rumah pam di LRA Jelai dan pemasangan paip ke tangki Bukit Bius berjumlah RM570,000.

“Seterusnya, projek bekalan air Nenasi, Pekan sebanyak RM3.5 juta, projek bekalan air Raub (RM600,000) dan pembinaan paip agihan air dari Kemaman ke Gebeng berkapasiti 90 juta liter sehari di Kuantan dengan peruntukan RM1.8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Wan Rosdy turut memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan RM235,000 kepada Badan Kawal Selia Air bagi penyelenggaraan sistem pemantauan kualiti air atas talian bagi daerah Cameron Highlands, Raub, Lipis dan Jerantut.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM