Banjir: Pembukaan PKOB bantu selaras pengurusan bencana Perlis

KANGAR – Sekretariat Pengurusan Bencana Banjir negeri membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bagi menyelaraskan operasi peringkat negeri dengan lebih berkesan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, dengan adanya PKOB, segala perkara berkaitan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara berpusat.

“Buat masa ini pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat terlibat secara langsung.

“Selain itu, terdapat beberapa jabatan kerajaan lain turut menyokong pelarasan pengurusan dan mekanisme banjir di negeri ini.

“Dengan adanya PKOB, kita dapat menyelaraskan penggunaan aset termasuk kenderaan bersesuaian bagi operasi memindahkan mangsa banjir selain, mengkoordinasikan data untuk maklumat lebih tepat selain menyelaraskan bantuan organisasi (NGO) bukan kerajaan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press hari ini.

Tambahnya, mana-mana NGO yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan berhubung dengan PKOB di Ibu Pejabat APM negeri di Persiaran Wawasan di Kangar.

Menurut Mohd. Izaimi, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, bilangan mangsa banjir di negeri Perlis mencecah 472 orang melibatkan 139 keluarga dari kawasan Padang Besar, Arau dan Kangar.

Katanya, kesemua mangsa ditempatkan di empat buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM