Ops Gegar tumpas 13 rumah urut, 54 wanita asing ditahan

IPOH – Taktik licik berselindung di sebalik papan tanda “perkhidmatan urut” terbongkar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 54 wanita warga asing yang disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral dalam serbuan serentak di 13 premis sekitar bandar raya ini, malam Ahad.

Dalam operasi khas Ops Gegar yang bermula jam 9 malam itu, 48 wanita warga Thailand, dua warga Indonesia dan empat warga Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun diberkas hasil risikan selama 14 hari.

Pengarah JIM Perak, Datuk James Lee berkata, serbuan bersepadu itu membabitkan 91 pegawai dari JIM Perak, Selangor dan Kuala Lumpur selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral yang dijalankan secara tertutup.

“Fokus kita adalah membenteras kegiatan tidak bermoral yang dilakukan warga asing ini terutama di pusat-pusat urut.

“Selain menawarkan urutan, pelanggan turut ditawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran antara RM50 hingga RM200.

“Promosi dilakukan secara aktif di media sosial seperti TikTok dan WhatsApp bagi menarik pelanggan,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan.

Menurut beliau, sebahagian pekerja melayan pelanggan di premis berkenaan, manakala ada yang dibawa pulang ke kediaman untuk mendapatkan khidmat seks.

Siasatan awal mendapati kebanyakan wanita terbabit menyalahguna pas lawatan sosial untuk bekerja secara haram di rumah urut tersebut, sekali gus melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semakan mendapati pemeriksaan terhadap lebih kurang 107 individu, kesemua 54 tangkapan itu dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di premis terlibat sebagai tukang urut,”katanya.

Dalam operasi itu, JIM turut mengeluarkan Borang 29 (saman saksi) kepada 54 pelanggan serta pekerja premis bagi membantu siasatan.

Kesemua wanita warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Ipoh untuk proses dokumentasi sebelum tindakan lanjut diambil.

James turut menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi membanteras kemasukan dan keberadaan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei