Jalur Gemilang cerminan maruah dan perpaduan negara

KUCHING – Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain berwarna merah, putih, biru dan kuning, tetapi simbol maruah, perpaduan dan kedaulatan negara yang wajib dihormati setiap rakyat Malaysia.

Presiden Pengasas Yayasan Pendidikan Legasi Antarabangsa (IELF), Dr. Wynson Ong Teck Ping menegaskan setiap individu perlu peka dan menjaga etika ketika mengibarkan bendera, khususnya pada bulan kebangsaan ini.

Beliau mengulas insiden sebuah premis perniagaan yang secara tidak sengaja menggantung bendera negara dalam keadaan terbalik baru-baru ini, sehingga menarik perhatian umum.

Menurutnya, kebanyakan kes bendera terbalik berlaku akibat kelalaian atau kurang pengetahuan mengenai kaedah penggantungan yang betul, bukannya berniat menghina negara.

“Kita perlu memandang serius sebarang tindakan yang boleh dianggap tidak menghormati bendera. Namun, penting untuk membezakan antara kesilapan tidak disengajakan dan perbuatan yang disengajakan.

“Bagi kesilapan, pendidikan dan bimbingan adalah langkah terbaik; manakala perbuatan menghina bendera secara sengaja wajar dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan pihak berkuasa memanfaatkan sambutan Hari Kebangsaan dan aktiviti komuniti untuk memperluas panduan penggantungan bendera secara betul melalui saluran dalam talian dan luar talian.

Panduan ringkas dan mudah difahami, katanya, dapat membantu rakyat menzahirkan semangat patriotik dengan cara yang kemas dan penuh hormat.

“Patriotisme bukan sekadar perasaan, tetapi juga tindakan. Selaras dengan nilai Malaysia MADANI yang menekankan kesopanan, perpaduan dan hormat-menghormati, marilah kita bersama mengibarkan Jalur Gemilang dengan betul agar rasa kasih dan hormat ini berkibar di setiap sudut negara,” ujarnya.

Wynson turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap perpaduan serta kemakmuran negara terus terpelihara.

Related Posts

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, tidak sepatutnya diberikan sebarang bentuk pengampunan berhubung penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi