NGO, pempengaruh main sentimen desak rakyat hadir Himpunan Turun Anwar

KUALA LUMPUR – Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pempengaruh media sosial dilihat semakin terdesak apabila terpaksa mencipta provokasi bagi menarik lebih ramai penyertaan ke Himpunan Turun Anwar yang berlangsung di Dataran Merdeka, pada Sabtu.

Tindakan menaikkan sepanduk dengan mesej ‘Kami NGO, NGI dan pempengaruh bersama rakyat menggesa Anwar turun’ selain mendesak orang ramai hadir ke perhimpunan jelas mempamerkan usaha terakhir mereka untuk mengumpul perhatian rakyat.

Perkara itu dilihat selepas beberapa kali seruan dalam talian oleh kumpulan itu serta parti politik pembangkang gagal mencetuskan gelombang besar.

Taktik strategi memainkan sentimen dan mencipta provokatif sebagai usaha terakhir kumpulan terbabit untuk menghidupkan semula semangat protes jalanan, walaupun isunya tidak lagi mendapat sambutan meluas dalam kalangan masyarakat awam.

The Malaysia Press (TMP) difahamkan, kumpulan tersebut mula bergerak dari beberapa lokasi tumpuan antaranya Pasar Seni, Masjid Negara, Sogo dan Masjid Jamek sambil turut berarak sepanduk ‘Turun Anwar’, bendera Palestin serta bendera negeri.

Keadaan setakat ini dilaporkan terkawal dengan kehadiran anggota pasukan keselamatan yang melakukan pemantauan di beberapa lokasi strategik bagi memastikan ketenteraman awam terpelihara.

Pihak polis turut menggunakan dron untuk memantau pergerakan peserta dan menilai keadaan semasa di kawasan berkenaan.

Peserta ‘lautan hitam’ mula membanjiri Dataran Merdeka selepas berarak dari beberapa lokasi antaranya Pasar Seni, Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara bagi menyaksikan acara utama yang telah disajikan oleh pihak penganjur.

Walaupun pembangkang serta pihak penganjur menggangarkan 500,000 orang akan menghadiri himpunan tersebut namun berdasarkan peserta di Dataran Merdeka, jumlah itu terlalu meleset untuk dibanggakan.

Hasil dapatan sumber, dianggarkan hanya kira-kira 10,000 peserta setakat jam 3 petang yang menyertai himpunan tersebut dan membuktikan orang ramai tidak terpengaruh dengan senjata yang ingin menjejaskan kestabilan politik, bukannya memperbaiki sistem kelompangan yang dihadapi oleh Kerajaan MADANI.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat