Penganjur Himpunan Turun Anwar utamakan agenda politik, paksa peserta kekal dalam hujan

KUALA LUMPUR – Meskipun hujan mula turun di lokasi utama Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, penganjur dilihat terus berkeras apabila mengarahkan peserta untuk kekal berada di tempat duduk masing-masing tanpa bergerak.

Tindakan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan peserta sendiri mengenai keutamaan penganjur yang dilihat lebih mementingkan agenda politik berbanding kebajikan serta keselamatan peserta, termasuk warga emas dan kanak-kanak yang turut hadir.

Arahan sedemikian turut memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang sanggup membiarkan peserta terdedah kepada risiko cuaca semata-mata bagi menunjukkan kononnya jumlah kehadiran yang ‘kekal kukuh’ walau dalam apa jua keadaan.

Penganjur juga dilihat cuba mencipta naratif heroisme dalam kalangan peserta, namun pada masa sama mempertaruhkan kesihatan masyarakat awam demi gambaran visual yang dicanang di media sosial.

Kekal duduk dalam hujan, basah kuyup tanpa perlindungan, sambil melaungkan slogan politik, itu bukan tanda keberanian, tetapi kegagalan penganjur meletakkan keselamatan dan kesejahteraan peserta sebagai keutamaan.

Sehubungan itu, peserta yang hadir terpaksa akur dengan arahan tersebut dan kekal di lokasi utama perhimpunan itu dan kebanyakan peserta berteduh di bawah payung, memakai baju hujan plastik dan ada yang tetap berdiri tanpa berganjak meskipun basah kuyup dibasahi hujan.

Ada juga di kalangan peserta dilihat meminta payung mahupun baju hujan daripada pihak penganjur namun tiada sebarang bantuan logistik diberikan dengan alasan tiada peruntukan untuk melaksanakannya.

Ketiadaan penyediaan asas seperti pelindung cuaca menimbulkan persoalan besar mengenai tahap kesiapsiagaan penganjur, lebih-lebih lagi apabila ribuan peserta dihimpunkan dalam keadaan terbuka.

Peserta ketika ini masih terus melaungkan slogan seperti “Turun Anwar”, “Undur Segera” dan “Hidup Rakyat” sambil mendengar ucapan daripada aktivis, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli politik pembangkang di pentas utama.

Terdahulu, selain kompleks beli-belah Sogo, peserta mula berkumpul di empat lokasi lain iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek Kampung Baru.

Program Himpunan Turun Anwar bermula pada pukul 3 petang di Dataran Merdeka.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat