Penganjur Himpunan Turun Anwar tidak tepati janji, dirikan pentas tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR – Pentas yang didirikan oleh penganjur Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka pada Sabtu dikenal pasti dibina tanpa kebenaran rasmi daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, tiada permohonan rasmi dikemukakan kepada DBKL berkaitan pembinaan struktur berkenaan.

“Struktur pentas tersebut tidak menjamin keselamatan, selain tiada maklumat jelas mengenai jumlah individu yang akan berada di atasnya.

“Dalam permohonan awal antara polis dan pihak penganjur, hanya dua kenderaan pacuan empat roda dipersetujui untuk dijadikan pentas,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, DBKL memaklumkan bahawa pihaknya telah mengalihkan peralatan khemah yang dibawa masuk ke kawasan tersebut kerana hanya kenderaan milik DBKL dibenarkan berada di lokasi berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang mendakwa pentas yang didirikan sempena himpunan berkenaan diminta dialihkan oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini, penganjur Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka kecewa apabila pihak berkuasa telah mengarahkan pentas utama untuk acara petang ini dibuka semula dan tidak dibenarkan digunakan.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa, DBKL meminta pentas dibuka pada 10 pagi tadi manakala polis pula memberitahu hanya dua kenderaan pacuan empat roda dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.

Anggota polis sudah meningkatkan kehadiran di ibu kota menjelang himpunan tersebut yang dijadualkan bermula tengah hari tadi.

Kehadiran pasukan keselamatan itu polis boleh dilihat di kawasan sekitar Dataran Merdeka, pusat beli belah Sogo selain Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Negara.

Selain Kompleks Sogo, peserta turut berhimpun di empat lagi lokasi lain iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek Kampung Baru.

Pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memberikan kerjasama sewajarnya terhadap himpunan yang ditunjangi parti Pas pada Sabtu ini agar dapat dibantu tanpa sebarang intimidasi atau sekatan tidak wajar.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, pendirian Kerajaan MADANI adalah jelas dan konsisten bagi merayakan demokrasi.
Katanya, hak untuk bersuara termasuk daripada pihak yang menentang kerajaan adalah satu elemen penting dalam negara yang bebas dan adil.

Dalam pada itu, sebanyak 16 laluan di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur akan mengalami lencongan lalu lintas berikutan himpunan Turun Anwar hari ini. Himpunan itu dijangka berakhir pada jam 5.15 petang.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat