Negara membangun perlu pilih hala tuju sendiri – Anwar

ANKARA – Negara membangun disaran menentukan hala tuju sendiri tanpa terlalu bergantung kepada kuasa besar dunia, selaras ketidaktentuan geopolitik global, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, masa depan sesebuah negara tidak semestinya perlu terikat kepada telunjuk Amerika Syarikat atau China, sebaliknya memerlukan pendirian strategik yang seimbang, berprinsip dan berpaksikan kepentingan nasional dan serantau.

“Penting bagi negara membangun yang ekonomi sedang pesat membangun menyedari bahawa masa depannya tidak semestinya terikat kepada telunjuk kuasa besar, sama ada Amerika Syarikat atau China,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Anwar berkata demikian ketika berucap dalam sesi Syarahan Umum bertajuk ‘Peralihan Kuasa: Pilihan Strategik bagi Malaysia dan Turkiye’ (Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye) sempena lawatan rasmi tiga hari ke negara itu, di sebuah hotel di Ankara, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan diambil Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, adalah selari dengan pendirian Malaysia dalam ASEAN, termasuk ketika negara ini mempengerusikan pertubuhan serantau itu tahun lalu.

Katanya, pendirian strategik itu menekankan pembabitan aktif dan agresif dengan kuasa besar dunia demi manfaat negara dan rantau masing-masing, tanpa menafikan potensi besar kerjasama sesama negara membangun.

“Ia adalah pendirian strategik untuk terbabit secara agresif dan aktif demi manfaat negara dan rantau kita, dengan membina hubungan kukuh dengan Amerika Syarikat dan China.

“Pada masa yang sama memahami dan menerima hakikat bahawa rantau kita – khususnya Asia Tenggara – mempunyai potensi yang amat besar untuk bekerjasama secara berkesan dalam perdagangan, pelaburan dan semua bidang berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan, Malaysia turut memberi penekanan kepada pembukaan pasaran baharu sebagai langkah memperkukuh daya tahan ekonomi negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Malaysia, katanya, seperti Turkiye dalam konteks serantau dan Pertubuhan Kerjasama Islam, kekal menyokong Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai asas kepada sistem pelbagai hala yang berkesan.

Namun pada masa sama, Malaysia bersedia menyertai inisiatif baharu yang mampu memperkukuh jaringan perdagangan serta kerjasama ekonomi.

“Sebab itulah kami menyertai inisiatif baharu yang dapat meluaskan hubungan dalam penjajaran perdagangan baharu seperti BRICS, dan apa-apa bentuk pengukuhan rangkaian negara Dunia Ketiga,” katanya.

Anwar turut menyifatkan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) sebagai platform penting dalam membina kerjasama dan pakatan baharu yang berpotensi memberi manfaat jangka panjang kepada negara membangun.

“Saya menyebut secara khusus BRICS kerana saya, seperti ramai orang lain, berasa teruja dan menyokong keperluan untuk membina kerjasama baharu dan pakatan baharu yang akan memberi manfaat kepada kita,” ujarnya.

Perdana Menteri dijadual menghadiri sambutan rasmi di Kompleks Presiden di Ankara, hari ini, diikuti pertemuan empat mata dengan Presiden Erdogan bagi membincangkan kerjasama dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa.

Anwar juga akan meneruskan lawatan ke Istanbul untuk menghadiri sesi meja bulat bersama syarikat Turkiye, esok.

Related Posts

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

PUTRAJAYA – “I’m home” (Saya sudah pulang). – Demikian hantaran ringkas Khairy Jamaluddin di akaun Instagram malam tadi. Hantaran itu dipercayai merujuk keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi