Falsafah MADANI dicipta khas untuk rakyat Malaysia – Budiman

RAKYAT mahu rasa selamat, mudah mencari rezeki, dan berbangga menjadi warganegara Malaysia, kata Datuk Dr Budiman Ahmad Zohdi yang menegaskan ketiga-tiga elemen ini menjadi falsafah Malaysia MADANI gagasan Kerajaan Perpaduan.

Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi dan Komuniti (JKOM) itu berkata, falsafah ini lahir daripada keperluan menangani cabaran semasa yang semakin kompleks, termasuk tekanan kos sara hidup, keselamatan, penyebaran maklumat tidak benar serta perubahan landskap komunikasi akibat media sosial.

Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan politik, sebaliknya merupakan kerangka menyeluruh yang bertujuan mengurangkan keresahan rakyat, memulihkan kepercayaan, dan memastikan kesejahteraan dapat dirasai dalam kehidupan seharian.

“MADANI cuba menjawab semua itu berdasarkan realiti cabaran hari ini, bukan sekadar slogan,” katanya ketika menjadi tetamu program Jendela Fikir: MADANI – Memahami Teras, Merasai Manfaat, terbitan Bernama Radio, hari ini.

Mengulas lanjut, Budiman berkata, antara teras MADANI yang paling dekat dengan rakyat ialah kesejahteraan dan ihsan, diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif kerajaan seperti Jualan Rahmah MADANI, bantuan tunai, serta program lintas pendapatan termasuk BUDI 95.

Pendekatan baharu ini menunjukkan kerajaan bersedia mendengar maklum balas rakyat dan menambah baik dasar secara berperingkat, selari dengan kemampuan kewangan negara.

“Apabila ada kelompok yang merasakan bantuan sedia ada tidak mencukupi, kerajaan menilai dan menyesuaikan dasar. Ini menunjukkan polisi itu hidup dan berkembang, bukan bersifat noktah,” katanya.

Menyentuh tahap kefahaman rakyat terhadap konsep MADANI, Budiman menjelaskan, kesedaran semakin meningkat walaupun masih wujud perbezaan persepsi antara penduduk bandar dan luar bandar.

Jelasnya, kefahaman itu boleh diperkukuh melalui perbandingan mudah, seperti melihat perubahan sebelum dan selepas sesuatu dasar diperkenalkan.

Justeru, Budiman menasihati masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan dan menilai maklumat, khususnya di media sosial, bagi mengelakkan radikalisasi maklumat yang boleh menjejaskan kepercayaan terhadap institusi dan kerajaan.

“Dalam demokrasi, kritikan itu perlu, tetapi mesti beradab, berlandaskan fakta, dan disertai cadangan penyelesaian. Kita terikat dengan Perlembagaan dan Rukun Negara, termasuk prinsip kesopanan dan kesusilaan,” katanya.

Budiman menegaskan kejayaan kerangka MADANI bukan hanya bergantung kepada agensi komunikasi kerajaan, sebaliknya memerlukan kerjasama semua kementerian serta tanggungjawab bersama rakyat dalam membina ekosistem komunikasi negara yang sihat.

“Keputusan penting, tetapi proses ke arah itu juga sama penting. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, MADANI akan terus relevan untuk hari ini dan masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan