Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju menurunkan kuasa kepada Jawatankuasa Rumah Bangsa bagi mempercepat dan mempermudahkan urusan terutama berkaitan perlembagaan parti termasuk keahlian.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan sebarang proses yang sedang berjalan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Sebelum ini, katanya kebanyakan isu berkaitan perlembagaan hanya boleh dibincangkan dan diputuskan dalam MKT sahaja.

“Tadi MKT menurunkan kuasanya kepada Jawatankuasa Rumah Bangsa agar perkara ini boleh dipercepat dan dipermudahkan.

“MKT juga membuat pindaan terhadap Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran secara dalam talian bagi mempermudah kemasukan ahli baharu terutama dalam kalangan anak-anak muda bermula Isnin ini,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Melaka, malam tadi.

Mengulas lanjut Asyraf Wajdi berkata, berdasarkan tinjauan dan kajian dilakukan mendapati Pemuda dan Puteri UMNO dalam tempoh dua minggu ini di media sosial mendapati kira-kira 2,800 golongan muda berminat menyertai parti itu.

“Tadi Puteri UMNO sahaja melaporkan lebih 1,500 yang menyatakan minta untuk menyertai UMNO, manakala Pemuda UMNO lebih kurang 1,300 orang.

“Jadi kita telah meluluskan pindaan terhadap peraturan pendaftaran keahlian itu,” katanya.

Related Posts

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

PUTRAJAYA – “I’m home” (Saya sudah pulang). – Demikian hantaran ringkas Khairy Jamaluddin di akaun Instagram malam tadi. Hantaran itu dipercayai merujuk keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok