MPP PKR mesyuarat Rabu bincang keputusan pemilihan parti

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, mengesahkan satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti akan diadakan Rabu ini, susulan bantahan dan dakwaan mempersoalkan ketelusan keputusan Pemilihan PKR 2025.

Fuziah menjelaskan, mesyuarat yang akan diadakan itu bukan tergempar, kerana notis tujuh hari sudah dikeluarkan kepada semua ahli MPP.

“Ada satu permohonan daripada sejumlah ahli MPP untuk mengadakan mesyuarat bersandarkan peruntukan mengikut Perlembagaan parti.

“Ia bukan mesyuarat tergempar kerana notis tujuh hari sudah diberikan untuk mesyuarat terbabit (diadakan).

“Cuma bezanya, cara ia dipanggil di atas permintaan ahli MPP dan ini selain dari mesyuarat bulanan biasa,” katanya kepada Berita Harian.

Terdahulu, sebuah portal mendakwa mesyuarat tergempar MPP PKR akan diadakan Rabu ini bagi membincangkan dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan dalaman parti yang sedang berlangsung.

Laporan sama turut menyebut, permohonan itu dibuat lebih 20 ahli MPP dan ia menepati Perlembagaan parti yang menetapkan MPP PKR boleh bersidang dengan permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya satu pertiga ahlinya.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut memaklumkan menjawab permohonan terbabit dengan mengeluarkan satu notis.

Beliau berkata, persetujuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga sudah diperoleh bagi mengadakan mesyuarat berkenaan.

Sebelum ini, beberapa calon pada Pemilihan PKR 2025 memaklumkan mengemukakan rayuan rasmi kepada JPP susulan terdapat pihak yang mempersoalkan ketelusan keputusan serta proses pemilihan terbabit.

Antara calon yang berbuat demikian adalah Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Untuk rekod, pemilihan PKR 2025 bagi fasa satu membabitkan peringkat Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Wanita Cabang di tujuh negeri berlangsung pada 11 hingga 13 April.

Manakala fasa dua pengundian membabitkan Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah bermula pada 18 April lalu dan berakhir hari ini.

Related Posts

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

KUANTAN – Pengundi kali pertama (Undi18) dilihat memainkan peranan penting dan terus menjadi fokus penyumbang utama kemenangan parti bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, pelbagai pendekatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI