MOT, SPRM akan buru dalang sindiket lulus kenderaan tidak selamat

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap kenderaan yang tidak mematuhi standard tetapi diluluskan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mengadakan perbincangan dengan SPRM hari ini, untuk mengenal pasti tahap integriti membabitkan kakitangan Puspakom.

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan laporan berhubung siasatan terhadap kenderaan tidak mematuhi standard yang diluluskan.

“Pegawai telah datang untuk ditemu siasat dan laporan sedang disiapkan dan kita hari ini juga telah berbincang dengan SPRM yang akan bekerjasama dalam mengenal pasti isu integriti dalam Puspakom.

“Kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas bersama SPRM dan kita bukan sahaja nak kenal kes terpencil tetapi yang lebih penting (sekiranya) ada sindiket-sindiket yang tawar perkhidmatan tidak sah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian cawangan Pejabat JPJ Presint 4, hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony menegaskan, setakat ini sudah tiga kakitangan Puspakom dipanggil untuk memberi keterangan kepada JPJ berhubung perbuatan itu.

Dalam pada itu Anthony menegaskan, siasatan yang dilakukan akan diperluas melibatkan dakwaan wujud orang tengah yang menawarkan perkhidmatan sewaan komponen kenderaan supaya lulus pemeriksaan di pusat tersebut.

“Memang kita tahu bahawa dalam pasaran ramai yang cakap ada ‘runner’, kartel dan sebagainya supaya kenderaan yang tak lulus pun boleh diluluskan.

“Setakat ini tiga pegawai telah dikenalpasti dan kes ini akan teruskan siasatan dan sedang bekerjasama dengan SPRM. Kita laksana secara berfasa dan akan ada lagi dipanggil jika ada kes.

“MOT tidak akan berhenti menyiasat dan akan meneliti lebih terperinci di pusat pemeriksaan kenderaan lain. Kita tidak akan beri notis kepada Puspakom (ketika operasi), kalau tidak kes-kes begini tidak akan berbangkit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjangkakan laporan teknikal berhubung siasatan berkenaan akan diserahkan kepada pihaknya dalam tempoh 14 hari.

“Bila telah lengkap siasatan, saya nak semua laporan teknikal itu diserahkan kepada SPRM dan saya sudah berbincang dengan Ketua Pengarah JPJ (Datuk Aedy Fadly Ramli).

“Daripada laporan itu nanti kita akan teliti dan mungkin ada ‘angle’ yang boleh kita masuk siasat di bawah akta SPRM atau di bawah kanun keseksaan,” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda