Menara KL milik kerajaan, tiada isu pengambilalihan konsensi

KEMENTERIAN Komunikasi menegaskan bahawa Menara Kuala Lumpur (Menara KL) adalah milik kerajaan dan pengambilalihan konsesi hanya membabitkan perubahan pengurusan serta operasi yang dilaksanakan melalui notis pelawaan cadangan (RFP).

Kementerian itu dalam kenyataan malam tadi memaklumkan RFP adalah tender terbuka bagi projek kerjasama awam swasta selaras dengan keputusan Kabinet.

“Bagi maksud tersebut, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) melaksanakan proses RFP dan seterusnya Jemaah Menteri memperakukan pembida berjaya, berdasarkan penilaian ke atas RFP tersebut.

“Pembida berjaya ini diumumkan pihak kerajaan pada 29 Mei 2024,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu lagi menambah, Kementerian Komunikasi sedang meneliti perkembangan terkini susulan isu pengambilalihan konsesi Menara KL yang dibuat menurut perjanjian konsesi ditandatangani kerajaan.

Selain itu, kementerian mengambil maklum writ saman dan permohonan injunksi yang difailkan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) lanjutan daripada pelantikan syarikat konsesi baharu.

“Oleh itu, pihak kerajaan melalui kementerian ini akan memastikan bahawa apa-apa tindakan yang diambil kelak adalah selaras dengan proses undang-undang.

“Sehubungan itu, pihak kementerian memohon agar semua pihak dapat memberikan ruang kepada proses perundangan ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Pada masa sama, semua pihak termasuk orang ramai dinasihat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengambil tindakan yang boleh mengganggu proses perundangan yang sedang berjalan.

“Kementerian Komunikasi kekal komited terhadap tatakelola yang baik dan akan memastikan perkara ini ditangani dengan sewajarnya,” jelas kenyataan itu.

Related Posts

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

KUALA LUMPUR – Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta hilang kawalan dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Hospital Gleneagles, Ampang, awal pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah melihat semula aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian jenayah bunuh dalam kalangan pelajarnya berulang. Pengerusi MARA, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda