Memualkan! Pas Pahang ‘spin’ isu permohonan maaf Sanusi kepada Sultan Selangor

ALOR SETAR- Amanah Kedah menyarankan kepada Pas Pahang supaya tidak ‘spin’ isu mohon keampunan Menteri Besar Kedah, Datuk Mohammad Sanusi Md Nor daripada Sultan Selangor, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah akibat keceloparan mulutnya ketika PRN-15 lalu.

Pengerusi Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, Amanah Kedah yakin sebahagian rakyat boleh mengerti ‘maksud tersirat’ Sanusi mengemukakan permohonan maaf dari Sultan Selangor.

Katanya, permohonan itu bukanlah dari kerendahan dirinya tetapi kerana masa depan politiknya seperti yang dititah oleh Sultan Selangor di dalam warkah yang menyebutkannya bahawa ‘kelakuan dan tutur kata yang baik adalah penting untuk masa depan karier politiknya’.

“Amanah Kedah berpandangan bahawa jurucakap Pas Pahang yang menyarankan agar pemimpin Kerajaan Perpaduan mencontohi Sanusi dianggap sebagai sikap terpuji kerana merendahkan dirinya memohon keampunan dari Sultan Selangor sebagai sesuatu yang lucu serta memualkan dan ini menunjukkan sikap sebenar pimpinan Pas Pahang.

“Sepatutnya Sultan Selangor patut dipuji kerana seorang pemaaf dan bukannya Sanusi yang telah melakukan kesalahan tempoh hari,” katanya.

Asmirul turut menjelaskan bahawa sesungguhnya jurucakap Pas Pahang itu telah membuat pembelaan moral dan politik ke atas Sanusi secara salah dan tidak matang serta membuta tuli.

“Pas Pahang tidak perlulah menegakkan benang yang basah dan kalau salah tetap salah,” katanya.

Bagaimanapun Amanah Kedah amat menghormati dan menyanjung tinggi Sultan Selangor yang telah memperkenankan pengampunan kepada Sanusi dengan baginda turut menasihatkan ahli politik kanan Pas itu agar menjaga tutur kata dan tata susilanya.

Related Posts

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

JERANTUT – Semangat ahli dan kepimpinan UMNO peringkat Cawangan dalam Bahagian Jerantut, berada pada tahap tertinggi dalam usaha memulihkan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

JOHOR BAHRU – Kira-kira 60 peratus atau 6,009 daripada lebih 10,000 permohonan menyertai UMNO sebagai ahli baharu menerusi inisiatif Rumah Bangsa terdiri daripada golongan muda, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri