Syed Hussien mulakan tugas sebagai ADUN Mahkota pagi ini

KLUANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah mendedikasikan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) malam tadi, buat Allahyarham bapanya, Syed Abdullah Syed Abdul Hamid.

Seawal 8 pagi tadi, wakil rakyat baharu ini memulakan aktivitinya dengan menziarahi pusara Allahyarham bapanya yang meninggal dunia selepas tiga hari beliau diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Mahkota.

Setelah 30 minit meluangkan masa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, Syed Hussien terus menjalankan menyantuni rakyat di sekitar DUN Mahkota, di sini.

Kehadiran beliau disambut ceria oleh penduduk dan masing-masing mengambil kesempatan untuk bergambar dan merakamkan ucapan tahniah kepadanya.

“Tidak dapat dinafikan, sewaktu saya berkempen, ramai yang menceritakan kejayaan orang-orang terdahulu.

“Ini memberi satu inspirasi kepada saya untuk berkhidmat dengan lebih muhibah, lebih berkonsepkan kekeluargaan dan akan membawa Kluang ke arah yang baik,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau dalam pada itu mengakui, masih terkejut dengan kemenangan BN yang memperoleh majoriti besar pada PRK DUN Mahkota.

Jelasnya, majoriti besar itu memberikan isyarat untuk dirinya bekerja keras menyelesaikan isu rakyat dan membawa pembangunan di DUN Mahkota.

Beliau berkata, beberapa isu di DUN Mahkota akan diberi perhatian antaranya membantu golongan B40, banjir dan pendidikan.

“Bagi golongan B40, saya akan memastikan jualan kasih dan rahmah diadakan di setiap kawasan yang tumpuan penduduk termasuk di kampung- kampung.

“Berkenaan isu banjir, saya lihat banjir di Mahkota merupakan banjir kilat dan kerajaan sudah mempunya untuk mengatasi, namun saya tetap akan memperjuangkannya di sidang DUN,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaparkan kesemua 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Mahkota di sini dimenangi BN dengan undi keseluruhan sebanyak 27,995 mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar iaitu 7,347 undi.

Dengan kemenangan itu, BN sekali gus mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar iaitu empat kali ganda berbanding dicatatkan parti di kerusi sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022.

PRK DUN Mahkota dalam Parlimen Kluang diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Dalam PRN pada 2022, Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Related Posts

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Oleh: Nazirul Haziq, Tengku Majid, Hafiq Hassan, Mohamad Fikri & Helda Julie MELAKA – Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak proaktif dalam melindungi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri