MBI sedia kaji perluas dasar larang jual arak di kawasan majoriti penduduk Muslim

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedia kaji bagi memperluaskan dasar larangan penjualan minuman keras oleh premis di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di bandaraya ini seperti yang telah dilaksanakan di Gugusan Manjoi, di sini, sebelum ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, mesyuarat di peringkat MBI juga telah meluluskan dasar membuat kajian sekiranya terdapat tuntutan penduduk majoriti Muslim sebelum larangan penjualan minuman keras dikuatkuasakan.

Ujarnya, perlaksanaan larangan menjual minuman keras di Gugusan Manjoi telah dikuatkuasakan sekitar tahun 2000 dan 2021 ekoran bantahan secara besaran daripada penduduk setempat.

“Sekarang ada para penduduk majoriti Melayu di luar daripada Gugusan Manjoi yang mendesak mengikut seperti Manjoi juga iaitu larangan penjualan minuman keras.

“Saya beri contoh macam kawasan kampung saya dekat Ulu Chepor. Kawasan yang 100 peratus penduduk Melayu Islam, jadi mereka pun nak buat macam Manjoi juga dan secara prinsipnya kita (MBI) setuju,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Restoran Feng Cha TLF, di Pusat Perdagangan Canning II, di sini, pada Sabtu.

Tambah Rumaizi, beberapa kawasan lain dikenal pasti mengemukakan permintaan tiada jualan minuman keras termasuklah di Tambun, Rapat Setia dan Sungai Rokam.

Bagaimanapun, jelas beliau, MBI secara prinsipnya bersetuju untuk melihat kawasan tersebut satu persatu sebelum melaksanakan kajian.

Ujarnya, perkara tersebut masih dalam peringkat kajian sebelum dilaksanakan kerana mengambil kira kesesuaian serta pandangan pelbagai pihak.

“Kita juga perlu mengambil kira kesesuaian serta pandangan pelbagai pihak.

“Kalau perlu pendengaran awam, kita buat pendengaran awam,” katanya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan